awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PICK: 97.8 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi

Bernama
Bernama
13/01/2022
03:21 MYT
PICK: 97.8 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi
Jumlah kumulatif dos penggalak vaksin COVID-19 yang diberikan setakat ini adalah sebanyak 8,539,533.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 97.8 peratus atau 22,893,234 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 99 peratus atau 23,175,181 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, 90.8 peratus atau 2,858,992 individu bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 manakala 88 peratus atau 2,770,412 individu golongan itu telah lengkap vaksinasi.
Dalam pada itu, 255,384 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 3,170 suntikan dos lengkap, 2,016 dos pertama dan 250,198 pula suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 60,035,273 dos.
Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 8,539,533.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#populasi dewasa
#populasi remaja
#dos penggalak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan