KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekolah bagi memudahkan golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun mendapatkan vaksinasi dalam Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, ia bagi memastikan murid-murid dilindungi daripada terkena jangkitan virus itu.
"Kita sasar 80 peratus kanak kanak mendapatkan vaksin iaitu 3.1 juta vaksin, kita dah tempah, lebih dari mencukupi iaitu enam juta vaksin.
"Kumpulan pertama dah sampai, seperti Menteri Kesihatan katakan tadi, dalam sebulan ini akan sampai lebih kurang dua juta dos vaksin kanak-kanak, sebab itu kita boleh sasarkan dalam 50 peratus menjelang penghujung Februari," jelasnya ketika ditemubual Astro AWANI pada Khamis.
Tambahnya, KKM akan mengambil pendekatan menyeluruh dalam menjalankan program PICKids terhadap golongan kanak-kanak itu.
"Insyallah kita akan go all out, lepas pelancaran ini dan kita sasar 70 peratus dalam dua bulan pertama ini di sekolah khususnya anak-anak di sekolah tanpa penggiliran Tahun Satu, Dua, Lima dan Enam.
"Murid penggiliran pun kita boleh sasarkan, salah satu kaedah kita iaitu PPV di sekolah yang kita akan go all out seluruh Malaysia," jelasnya lagi.
Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) untuk kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun yang bermula secara rasminya hari ini.
Buat permulaan, ia tertumpu di Lembah Klang dan akan dilaksanakan melalui hospital bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan.
Manakala bagi penerima yang tiada masalah perubatan akan diberikan suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi.
Fareez Azman
Thu Feb 03 2022

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, PPV sekolah dapat memudahkan kanak-kanak mendapatkan vaksinasi dalam Program PICKids yang dilancarkan hari ini. Gambar: Fail

Tiga maut banjir landa wilayah French Riviera
Hujan lebat telah menyebabkan kerosakan besar di seluruh kawasan, dengan jalan raya ditenggelami air.

EU ekan kaji semula perjanjian perdagangan dengan Israel - Kallas
Tekanan antarabangsa terhadap Israel semakin meningkat sejak kebelakangan ini selepas Netanyahu lancar serangan ketenteraan baharu di Gaza.

Tak boleh beri 'orang luar' masuk terus tanding, Presiden PKR digesa batal pelepasan khas - Rafizi
Kemasukan 'calon-calon luar' dilihat mencetuskan ketidakstabilan dalaman setiap kali pemilihan PKR berlangsung.

LIMA'25: Ahmad Zahid imbau kenangan naik pesawat tempur SU-30MKM
"Masih segar dalam ingatan, degup jantung sewaktu duduk di dalam kokpit pesawat yang digeruni dan dihormati ini."

PTU cipta sejarah, pamer kehandalan terbangkan ‘Toruk Makto’
Mohd Asghar Khan mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi PTU pertama yang menerbangkan pesawat dalam pertunjukan udara LIMA.

Malaysia tangani penyakit paru-paru menerusi pendekatan inovatif termasuk AI - Dzulkefly
Negara juga sudah melancarkan Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Malaysia 2025-2030 yang merangkumi elemen pencegahan, rawatan dan pemulihan.

UK gantung rundingan perdagangan bebas dengan Israel, kecam krisis Gaza sebagai “keji”
Setiausaha Luar, David Lammy menggambarkan kempen ketenteraan Israel yang berterusan sebagai "berbahaya, menjijikkan dan kejam."

Singapura desak gencatan senjata serta-merta dan bantuan disambung semula ke Gaza
Republik itu secara konsisten menyeru semua pihak yang terlibat dalam konflik supaya mematuhi undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan.

Melaka komited perkasa wakaf pendidikan
Melaka komited untuk memperkasakan wakaf pendidikan dalam usaha meningkatkan akses kepada kemudahan pendidikan berkualiti.

MITI bekerja keras tarik lebih banyak pelaburan berkualiti - Tengku Zafrul
Ramai pelabur dari dalam dan juga luar negara yakin dengan potensi Malaysia dan meneruskan projek mereka di negara ini.

Kerajaan peruntuk RM150 juta biaya pemodenan vesel, mekanisasi tangkapan
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi membiayai Program Pemodenan Vesel (PPV) dan Program Mekanisasi Tangkapan (PMT) untuk meningkatkan jumlah pendaratan ikan bagi bekalan makanan.

PPV WTCKL menutup tirai dengan lebih 180,000 individu divaksin
Secara rasminya Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menutup tirainya setelah hampir dua bulan beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi sejak 15 Januari lepas.

Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah
Sambutan ibu bapa terhadap pemberian vaksin kepada kanak-kanak masih rendah di Sabah meskipun sebanyak 255 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah pun dibuka di negeri itu.

412 PPV ditambah di bawah PICKids - Dr Noor Azmi
Kesemua PPV tambahan itu diwujudkan dengan mengambil peluang sempena cuti sekolah yang bermula sejak 26 Feb lepas.

Adu di MySejahtera, rujuk PPV jika ada masalah teknikal dos penggalak
Individu yang mempunyai masalah teknikal berkaitan rekod vaksinasi dos penggalak COVID-19 di aplikasi MySejahtera perlu membuat aduan melalui aplikasi itu atau mengunjungi semula lokasi PPV mereka.

Langkah jadikan sekolah sebagai PPV bantu percepat vaksinasi kanak-kanak - Exco
Langkah kerajaan menjadikan sekolah sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) mampu mempercepat proses vaksinasi murid.

Taiping Mall antara empat PPV dibuka untuk dos penggalak
PPV yang terletak di Tingkat 3 Taiping Mall itu mampu memberi minimum 1,000 dos sehari.

PICKids: KKM akan buka PPV di sekolah, mudahkan murid-murid dapatkan vaksin - Dr Noor Azmi
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekolah bagi golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dalam Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).

PICKids: Sasar 70 peratus kanak-kanak divaksin pada Februari
Sasaran itu dibuat berlandaskan keyakinan disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

PICKids: KJ sahkan sudah daftar anak terima vaksin
Ia sebagai menjawab dakwaan segelintir pihak yang mendakwa beliau dan anaknya tidak menerima suntikan vaksin COVID-19.