BENTONG: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran, mana-mana pihak yang didapati menyorok beras di negara ini akan diheret ke mahkamah.
Perdana Menteri berkata beliau sudah memberikan arahan kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu supaya memastikan pihak penguatkuasaan kementerian memantau perkara berkenaan dan mengambil tindakan kepada pesalah.
"Memang beras ini dikeluhkan rakyat, harga beras di Indonesia pun Presiden Jokowi beritahu sudah dinaikkan kerana 18 negara yang selalu membekalkan beras ini telah halang, henti atau kurangkan eksport beras mereka, jadi di sini ada isu permintaan dan penawaran.
Kemudian ada pula pihak yang sorok, simpan beras ini, kalau ada yang berani buat perangai buruk ini di saat orang susah nak dapatkan bekalan beras, kamu jaga, kami akan cari dan saman dan bawa kamu ke mahkamah," katanya.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata demikian dalam ucapannya pada Ceramah Mega Perpaduan MADANI di Dataran Simpang Pelangai sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, di sini pada malam Isnin.
Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN bagi PRK DUN Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.
Terdahulu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Perdana Menteri bersetuju empat langkah intervensi tambahan dilaksanakan bagi menangani isu bekalan beras dalam negara antaranya melancarkan Task Force Khas Bersepadu Penguatkuasaan Operasi Beras Putih (OP BPT).
Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan sentiasa mencuba untuk menyelesaikan isu beras namun pada masa sama mengakui ia memerlukan sedikit masa.
"Kita cuba, tapi apakah boleh selesai 100 peratus? Tidak, beras ini isu, masalah berat, jadi saya kata beri seminggu tengok keadaan dia, kalau tak selesai lagi, kita bincang semula sebelum pembentangan Bajet 2024 pada 13 Okt ini.
Sebab itu kita usaha, untuk beras kita tambah subsidi itu sejumlah hampir RM400 juta untuk beberapa bulan ini sahaja, (isu beras) bukan Semenanjung sahaja termasuk Sabah dan Sarawak," katanya.
Ketika berucap pada Karnival Segalanya Felda di Dataran Niaga Felda Chemomoi di sini hari ini, Anwar berkata kerajaan memutuskan untuk menyalurkan subsidi berjumlah hampir RM400 juta bagi premis kerajaan seperti kem tentera, polis dan asrama sekolah menggunakan beras import sebagai langkah meningkatkan beras putih tempatan dalam pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023
Anwar berkata kerajaan sentiasa mencuba untuk menyelesaikan isu beras namun pada masa sama mengakui ia memerlukan sedikit masa. - Gambar Bernama
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Pihak sorok beras akan diambil tindakan undang-undang - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran, mana-mana pihak yang didapati menyorok beras di negara ini akan diheret ke mahkamah.