ALOR SETAR: Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) untuk 30,000 pekerja sektor industri di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Kulim, akan diadakan di Kompleks Sukan KHTP, bermula Sabtu ini.
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata proses vaksinasi itu turut melibatkan 18,000 lagi pekerja sektor industri dari luar kawasan KHTP.
"Selain itu, dua PIKAS turut dilaksanakan di Pusat Pengurusan dan Kemahiran Industri Kedah (KISMEC) dan Kilang Minibea Electronics Motor (M) Sdn Bhd, di Sungai Petani dalam tempoh terdekat untuk pekerja industri dalam daerah Kuala Muda," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Sementara itu, katanya, sehingga 28 Jun lepas, terdapat sebanyak 15 pusat pemberian vaksin (PPV) bukan kesihatan di negeri ini telah dibuka dengan kapasiti sebanyak 9,200 suntikan.
"Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi negeri Kedah menyasarkan lebih 2.185 juta penduduk warganegara dan bukan warganegara dapat menerima vaksin masing-masing," katanya.
Dalam pada itu, katanya, penubuhan PPV Integrasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) juga diharap dapat mempercepatkan proses vaksinasi di pulau pelancongan itu bagi mencapai imuniti kelompok sekali gus membolehkan sektor pelancongan di pulau itu dihidupkan kembali melalui program 'gelembung hijau' pelancongan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 08 2021
Penubuhan PPV Integrasi di LICC juga diharap dapat mempercepatkan proses vaksinasi di pulau pelancongan itu. - Foto fail/BERNAMA
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Polis buka kertas siasatan komen jelik
Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Twitter Saifuddin Shafik berhubung komen jelik yang dimuat naik dalam media sosialnya itu membabitkan nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa.
Niaga AWANI: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - DOSM
Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Proton jangka mengakhiri 2021 lebih mantap, selepas jualan meningkat
Proton Holdings Bhd dijangka mengakhiri 2021 dengan lebih mantap selepas menyaksikan aktiviti pengeluaran, jualan dan eksportnya mula memulih.
COVID-19: Lebih 98 peratus pekerja sektor pembuatan divaksin menerusi PIKAS - Azmin
PIKAS mencatat prestasi yang amat baik dan membantu menyokong mempercepatkan kadar vaksinasi rakyat Malaysia.
PIKAS: 230,090 pekerja sektor pembuatan terima dos pertama
Seramai 230,090 pekerja dalam sektor pembuatan telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) setakat hari ini.
Vaksin COVID-19: Melaka sasar suntik 14,600 individu sehari menerusi 72 PPV
Kerajaan negeri Melaka mensasarkan mampu memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada 14,600 individu sehari.
COVID-19: 130 kakitangan Cement Industries Sabah terima dos pertama
Kira-kira 130 kakitangan Cements Industries (Sabah) Sdn. Bhd. telah mendapatkan suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi kerjasama Awam-Swasta (PIKAS).
52,225 dos vaksin pertama diterima pekerja sektor pembuatan melalui PIKAS - Azmin
52,225 dos vaksin pertama telah diberikan kepada pekerja di dalam sektor pembuatan sejak 24 hari PIKAS dilancarkan.
MITEC dilantik pusat vaksinasi perindustrian di bawah program PIKAS
Inisiatif PIKAS adalah bertujuan untuk memudahkan usaha kerajaan mempercepat program vaksinasi dalam kalangan tenaga kerja Malaysia dan mengurangkan bilangan kluster COVID-19.
PIKAS untuk 30,000 pekerja sektor industri di HKTP bermula Sabtu ini
Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) untuk 30,000 pekerja sektor industri di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Kulim, akan diadakan di Kompleks Sukan KHTP, bermula Sabtu ini.
PEMULIH: Dana RM150 juta bagi untuk PIKAS, kurangkan tanggungan syarikat - PM Muhyiddin
Kerajaan bersedia pertimbangkan kebenaran kepada syarikat beroperasi pada kapasiti penuh sekiranya semua pekerja lengkap dua dos vaksin
PIKAS elak kluster tempat kerja terus meningkat - Azmin Ali
Mungkin ada yang menyoal kenapa sesetengah sektor itu dibenarkan beroperasi sedangkan sekarang negara di bawah perintah total lockdown.