awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PIKM rayu kerajaan tangguh pelaksanaan gaji minimum RM1,500

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
18/04/2022
13:39 MYT
PIKM rayu kerajaan tangguh pelaksanaan gaji minimum RM1,500
Ramli berkata, penangguhan perlu dibuat memandangkan banyak syarikat kawalan keselamatan masih belum stabil. - Gambar/ Astro AWANI
PETALING JAYA: Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) merayu kerajaan menangguhkan pelaksanaan gaji minimum RM1,500.
Presidennya, Datuk Seri Ramli Yusuff berkata, penangguhan perlu dibuat memandangkan banyak syarikat kawalan keselamatan masih belum stabil.
"Kami tidak mempunyai angka tertentu berkenaan gaji minimum yang sepatutnya, namun kami memohon agar ditangguhkan kerana banyak syarikat mengalami masalah untuk membayar engan gaji minimum sekarang iaitu RM1,200.
"Masih banyak syarikat tidak membayar gaji yang sepatutnya dibayar, kita masih dalam keadaan belum stabil," katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung khas PIKM, pada Isnin.
Dalam sidang media itu, beliau juga mengemukan beberapa lagi permohonan termasuk menggesa kerajaan membayar semua tunggakan pelarasan perintah gaji minimum sebelum ini, dan tunggakan pembayaran invois perkhidmatan.
Katanya, sehingga Mac 2022, jumlah tunggakan pelarasan perintah gaji minimum ialah RM54 juta dan tunggakan pembayaran invois perkhidmatan (RM190 juta).
Beliau berkata, PIKM juga merayu kerajaan menyegerakan pelarasan harga secara automatik bagi kontrak yang sedang berjalan dan menggunakan mekanisme pengiraan kadar harga yang munasabah bagi perkhidmatan kawalan keselamatan, dan membenarkan PIKM mencadangkan kepada ahlinya harga yang munasabah untuk dirunding dengan pelanggan swasta.
Topic Berkaitan
#gaji minimum
#PIKM
#tangguh gaji minimum
#Ramli Yusuff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan