awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Koperasi perlu laksana segera digitalisasi untuk kekal berdaya saing
MALAYSIA
Terengganu cadang gubal enakmen wajibkan pemasangan kod QR ternakan
DUNIA
Kit ujian syarikat pemula Jepun tunjuk potensi awal pengesanan kanser
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Pilih jalan darat kerana lebih selamat, biarpun jarak lebih 1,000km - Duta Besar Malaysia ke Iran

Firdaus Azil
Firdaus Azil
22/06/2025
17:19 MYT
Pilih jalan darat kerana lebih selamat, biarpun jarak lebih 1,000km - Duta Besar Malaysia ke Iran
Khairi berkata, mereka terpaksa menempuhi jalan yang cukup mencabar, merentasi banjaran dan sempadan. - Astro AWANI
SEPANG: Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Tehran memilih untuk melalui jalan darat menuju ke timur sebelum sampai ke sempadan Turkmenistan, dalam proses membawa keluar rakyat Malaysia, biarpun jarak yang dilalui melebihi 1,000 kilometer.
Duta Besar Malaysia ke Iran, Khairi Omar berkata, laluan itu dipilih memandangkan serangan dari Israel datang dari arah barat, walaupun mereka terpaksa menempuhi jalan yang cukup mencabar, merentasi banjaran dan sempadan.
Katanya lagi, beliau menzahirkan kesyukuran kerana berjaya membawa 24 orang, termasuk 17 rakyat Malaysia, keluar dari zon konflik dan selamat tiba di destinasi dengan selamat.
“Banyak soalan yang diajukan, kami melalui jalan darat mana. Ya kami pilih laluan yang jauh daripada punca serangan yang datang dari arah barat, jadi kami ke arah timur. Dan Alhamdulillah, mendapat kerjasama rapat Kerajaan Turkmenistan yang membenarkan rakyat asing melalui sempadan mereka.
“Ramai juga (rakyat negara lain) yang melalui sempadan itu, jadi kami terpaksa bersabar untuk melalui proses yang panjang, dan Alhamdulillah dapat ke Ashgabat (ibu negara Turkmenistan) sebelum ke lapangan terbang untuk mengambil penerbangan pertama keluar dari Turkmenistan.
“Maknanya kami berada di atas jalan lebih daripada 24 jam, sebelum mengambil penerbangan dan tiba di Bangkok tengah hari tadi, dan seterusnya meneruskan perjalanan ke KLIA,” katanya kepada pemberita di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu.
Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH781 itu tiba dari Bangkok kira-kira jam 10.50 malam Sabtu, dan ketibaan mereka disambut Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala), Kementerian Luar, Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani.
Awal hari Sabtu, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan seramai 13 rakyat Malaysia masih berada di negara itu termasuk lima pelajar.
Menurut beliau, tiga rakyat Malaysia turut menukar fikiran pada saat akhir dan memilih untuk kekal berada di Iran, bersama seorang lagi warga Iran yang memegang status pemastautin tetap Malaysia.
Dalam pada itu Khairi berkata, mereka masih meneruskan komunikasi dengan kumpulan yang masih berada di Iran, dan memantau perkembangan dari semasa ke semasa.
“Kita lihat bagaimana … kalau keadaan mengizinkan, dan mereka sendiri memilih untuk keluar (dari Iran), kita akan bantu. Ada sekumpulan pelajar kita, ada juga yang berkahwin dengan rakyat Iran, ada yang tinggal di Tehran dan ada juga di Syiraz.
“Kita cuba sebaik mungkin untuk berkomunikasi, kerana di Iran, walaupun talian Internet disekat, sistem pesanan ringkas (SMS) masih terbuka dengan nombor Iran sendiri. Jadi, di peringkat nasional kita masih boleh berhubung, cuma kalau hendak membuat panggilan tidak dapat kerana roaming service ditutup,” katanya lagi.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Duta Malaysia
#Iran
#rakyat Malaysia
#serangan Israel
#KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami