awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
[TERKINI] Konflik Israel-Iran: Apa kita tahu setakat ini?
DUNIA
Konflik Israel-Iran: Khamenei berikrar 'hukuman akan diteruskan' terhadap Israel
DUNIA
Konflik Israel-Iran: Tiga terbunuh selepas serangan Israel mengenai ambulans di Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Terengganu cadang gubal enakmen wajibkan pemasangan kod QR ternakan

Bernama
Bernama
22/06/2025
21:00 MYT
Terengganu cadang gubal enakmen wajibkan pemasangan kod QR ternakan
Langah tangani masalah haiwan ternakan yang berkeliaran sehingga membahayakan nyawa pengguna jalan raya dan mengakibatkan kerosakan harta benda awam. - Gamnbar hiasan/Unsplash
KUALA BERANG: Kerajaan Terengganu akan menggubal enakmen baharu yang mewajibkan pemilik ternakan memasang kod QR pada haiwan seperti lembu, kambing dan kerbau.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri Datuk Dr Azman Ibrahim berkata langkah itu bagi menangani masalah haiwan ternakan yang berkeliaran sehingga membahayakan nyawa pengguna jalan raya dan mengakibatkan kerosakan harta benda awam.
Beliau berkata dengan adanya kod QR berkenaan, proses mengenal pasti pemilik dapat dilakukan dengan cepat dan tindakan undang-undang boleh diambil sebagai pengajaran.
"Kerajaan negeri sedang melihat dengan serius keperluan bagi mewujudkan Enakmen Kawalan Ternakan Ruminan bagi mengawal selia kegiatan penternakan.
"Pada masa ini, kita hanya ada undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT), yang membolehkan ternakan ditangkap untuk dilelong dan sebagainya. Namun, setakat itu sahaja. Kita perlu undang-undang tegas untuk selesaikan masalah yang dah berlarutan berpuluh-puluh tahun," katanya pada Program Pelepasan Benih Ikan, Penyerahan Bantuan Peralatan dan Insentif Input Akuakultur serta Pelancaran Kajian Penandaan Peralatan Menangkap Ikan Nelayan Darat di Sungai Terengganu, Kampung Temir di sini pada Ahad.
Turut hadir Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu Pang Nyukang.
Dalam pada itu, Dr Azman berkata sebanyak 346,000 benih ikan dan udang termasuk daripada spesies baung sungai, lampam sungai, siakap dan kelah akan dilepaskan ke seluruh perairan Terengganu pada tahun ini menggunakan peruntukan negeri.
Selain itu, bermula Januari hingga 15 Jun lepas, sebanyak 596,000 benih ikan telah dilepaskan ke perairan Sungai Kemaman, Sungai Ibai dan Tasik Kenyir menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan.
"Untuk program memperkayakan sumber perikanan pula, kerajaan negeri akan menenggelamkan 94 tukun tiruan di perairan Terengganu bermula esok di Pulau Redang.
"Program yang telah kita mulakan beberapa tahun lepas mula membuahkan hasil apabila jumlah pendaratan ikan semakin meningkat dari tahun ke tahun," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terengganu
#gubal enakmen
#ternakan
#kod QR
#kawalan haiwan ternakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami