awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan raya boleh diadakan di Semporna

Ahmad Khairol Shafizan Johari
Ahmad Khairol Shafizan Johari
17/03/2013
04:38 MYT
Pilihan raya boleh diadakan di Semporna
Umno Semporna yakin pilihan raya dapat dilakukan dengan lancar di kawasan parlimen itu, disebalik kebimbangan masyarakat berikutan insiden pencerobohan pengganas Sulu.
Keyakinan itu disuarakan Timbalan Ketua Bahagian Umno Semporna, Datuk Seri Nasir Sakaran.
Jelas Nasir, tahap keselamatan di Semporna sudah dipertingkat, sementara tahap keyakinan masyarakat juga sudah bertambah baik.
“Walaupun pada masa sekarang ini, masih terdengar berita-berita, tetapi Insya Allah saya bersama pemimpin kami di kawasan untuk menemui rakyat dan memberikan keyakinan kepada mereka.
"Harapan adalah, keadaan ini akan dapat diselesaikan oleh pihak keselamatan dan saya yakin pilihan raya boleh diadakan serentak di seluruh negara,” kata beliau.
Pada masa yang sama, beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menentukan sama ada pilihan raya di kawasan yang terjejas dengan insiden pencerobohan boleh diadakan serentak atau sebaliknya.
Pada pilihan raya 2008, kerusi parlimen Semporna dimenangi Datuk Seri Shafie Apdal dari Barisan Nasional.
BN turut memenangi 3 kerusi DUN di kawasan terbabit.
Terdapat sebanyak 35,000 jumlah pemilih berdaftar pada 2008.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Nasir Sakaran
#pilihan raya
#PRU13
#Semporna
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan