awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
140,000 kes tangkapan ular direkod pada 2025 - APM
Mayat lelaki disyaki mangsa bunuh ditemui dalam sungai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan Raya Kecil Kuala Besut bermula

Aizat Sharif
Aizat Sharif
12/07/2013
07:11 MYT
Pilihan Raya Kecil Kuala Besut bermula
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu, bakal menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan calon PAS.
Parti Barisan Nasional mempertaruhkan bekas jurutera kelahiran Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37, manakala PAS pula mengetengahkan ahli perniagaan tempatan, Endot@ Azlan Yusof, 48.
Suasana di pusat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut amat meriah dengan kehadiran penyokong kedua-dua parti yang telah berkumpul seawal jam 7 pagi lagi.
Kehadiran mereka turut dikawal ketat oleh pasukan polis yang membantu memastikan kelancaran proses penamaan hari ini.
Penyerahan borang pencalonan telah dibuka pada jam 9 pagi, di mana Azlan tiba dahulu ditemani pencadangnya, Ayat Hadi Mamat dan penyokongnya, Zulkarnaian Abdullah.
Tengku Zaihan pula, tiba 15 minit kemudian ditemani pencadang beliau, Wan Zakaria Abd Rahman dan penyokongnya Roslan Ayob.
Selepas proses penyerahan borang ditutup lebih kurang pukul 11 pagi, SPR mengumumkan secara rasmi kedua-duanya layak bertanding dalam PRK itu nanti.
Seramai 17,683 pengundi berdaftar akan membuat penentuan dalam memilih wakil mereka pada 24 Julai nanti.
Seramai 16,534 pengundi adalah pemilih biasa, 1,134 anggota tentera dan pasangan, 14 polis dan seorang pengundi tidak hadir luar negara.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.
Topic Berkaitan
#Dr A. Rahman Mokhtar
#Kuala Besut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan