Calon tunggal Melayu DAP, Abdul Aziz Isa Marindo dilihat akan ditentang hebat calon PKR, Voon Shiak Ni di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) N.13 Batu Kitang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 kali ini.
Ia berdasarkan perang poster dan sepanduk kedua-dua parti yang memenuhi pekan lama Batu Kitang serta kawasan sekitarnya.
Tinjauan mendapati, poster calon BN (SUPP), Lo Khere Chiang serta jumlah kediaman yang memberi sokongan melalui sepanduk juga rendah.
Selain itu, poster calon Bebas, Datuk Seri Othman Bojeng serta Sulaiman Kadir hampir tidak kelihatan di kawasan berkenaan.
Pencalonan Abdul Aziz dilaporkan tidak disokong neneknya, Mazuyin Abd Manan yang menyifatkannya tindakan menentang kerajaan selain mahu cucunya menyertai PBB.
Sebelum ini, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen meminta PKR menarik diri daripada bertanding di Batu Kitang kerana parti sekutu itu tidak mempunyai peluang menang selain mendakwa maklum balas di lapangan menunjukkan Shiak Ni tidak mempunyai peluang berbanding pembantu khasnya, Abdul Aziz.
Batu Kitang adalah kerusi baru yang diwujudkan dalam kawasan Parlimen Stampin (P196). Ia adalah pecahan daripada Kota Sentosa dan Batu Kawah.
Dalam Pilihan Raya Negeri 2011 (PRN-10), DUN Kota Sentosa dimenangi oleh Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen dengan majoriti 4,,824 undi. DUN Batu Kawah juga dimenangi oleh DAP melalui Christina Chew Wang See dengan majoriti tipis 543 undi. Kedua-dua mereka mengalahkan calon daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Ketiga-tiga kerusi DUN itu masing-masing mempunyai lebih kurang 20,000 pengundi berdaftar.
Sementara itu, tinjauan di N.12 Kota Sentosa mendapati pola penduduk di kawasan berkenaan dilihat cenderung kepada DAP.
Ia dapat dilihat daripada perang poster yang turut dimenangi DAP selain majoriti kemenangan 4,824 mereka sebelum ini nampak sukar digugat walaupun berlaku persempadanan semula DUN.
Kali ini, Chieng Jen akan berdepan calon Barisan Nasional (BN) Wilfred Yap daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk mempertahankan kerusi itu yang dimenangi sejak PRN Ke-9 (2006).
Dalam pada itu, BN dilihat mampu menawan kerusi Batu Kawah dengan menampilkan Presiden SUPP Senator Datuk Dr Sim Kui Hian yang merupakan nama besar dalam politik Sarawak.
Dr Sim bakal berdepan dengan penyandang DAP Christina Chiew dan calon Bebas yang juga bekas pengerusi UPP, Liu Thian Leong.
Antara faktor lain yang memungkinkan kemenangan Dr Sim adalah majoriti kemenangan DAP yang rendah pada PRN lepas iaitu sebanyak 543 undi.
Rakyat Sarawak akan keluar mengundi pada Sabtu ini.
Wan Syamsul Amly
Thu May 05 2016
Pencalonan Abdul Aziz (gambar) dilaporkan tidak disokong neneknya, Mazuyin Abd Manan yang menyifatkannya tindakan menentang kerajaan. - Gambar fail
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Pilihan Raya Sarawak: Kekuatan DAP di Batu Kitang, Kota Sentosa dan Batu Kawah
Calon tunggal Melayu DAP, Abdul Aziz Isa Marindo dilihat akan ditentang hebat calon PKR, Voon Shiak Ni di kawasan Dun Batu Kitang.
Pilihan Raya Sarawak: 'Ini bukan permainan di Batu Kitang' - Abdul Aziz
Abdul Aziz Isa menafikan beliau tidak serius dalam tindakannya bertanding di kerusi baru tersebut.