KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) 1981 dan isu kebajikan pekerja dalam bidang perfileman menjadi keutamaan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada masa ini.
Menterinya Fahmi Fadzil berkata pindaan Akta Finas 1981 masih dalam penelitian pihak KKD sebelum dibawa ke Jemaah Menteri.
"Ini (pindaan) sedang dalam penelitian KKD sebelum dibawa kepada saya dan kemudiannya akan dibawa ke Jemaah Menteri... saya jangka tidak terlalu lama dari sekarang dan kita akan masukkan dalam giliran untuk dibawa ke Parlimen," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat umum Industri Kreatif (Industri Filem) di sini malam tadi.
Mengenai penjualan filem cetak rompak di platform e-dagang, Fahmi berkata perkara itu akan dirujuk kepada platform yang terlibat untuk tindakan lanjut.
"Saya dapat aduan secara lisan daripada penerbit atau pembikin filem yang mendakwa filem mereka dicetak rompak dan dijual pada kadar yang sangat rendah di beberapa platform e-dagang.
"Pada Selasa saya akan hubungi platform tersebut untuk dapatkan kepastian dan jika ya ini berlaku saya akan minta pihak tersebut ambil tindakan serta merta dan jika tidak kita akan lihat peruntukan undang-undang sedia ada untuk tindakan susulan," katanya.
Pada sesi yang berlangsung lebih tiga jam itu, antara perkara yang dibangkitkan dalam kalangan pemain industri berkaitan cukai hiburan, Dana Kandungan Digital, pindaan Akta Finas 1981, gaji minimum pekerja perfileman dan Skim Wajib Tayang.
Terdahulu, Fahmi dalam ucapannya berkata kementerian ketika ini sedang meneliti perkara yang boleh dilakukan untuk meminda Akta Finas 1981.
Beliau juga berkata Finas juga telah diminta untuk melihat semula Skim Wajib Tayang dalam usaha menambah baik skim itu sekali gus bagi memastikan ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023

Fahmi Fadzil ketika sesi town hall bersama pemegang taruh agensi-agensi dibawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD). - Foto Facebook/Fahmi Fadzil

FDI Malaysia dijangka meningkat dengan dasar blok perdagangan, usaha PM tingkatkan profil negara
FDI Malaysia dijangka meningkat lebih kukuh menerusi galakan dasar "blok perdagangan" oleh kerajaan AS dan langkah Anwar untuk menambah baik kemudahan pelaburan di negara ini.

Industri sawit digalak teroka pasaran khusus untuk nilai pasaran lebih tinggi
Syarikat Malaysia digalakkan untuk mengeksport barangan siap berbanding dengan komoditi minyak sawit.

Cadangan kajian kebolehlaksanaan jaringan rel, udara ke Kalimantan dalam pertimbangan
Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan kajian kemungkinan jajaran jaringan logistik melalui rel dan udara dari Sabah dan Sarawak ke Kalimantan, Indonesia.

Malaysia sasar 10 emas di Kejohanan Gusti Lengan Dunia 2023
Seramai 56 peserta termasuk bekas juara 2019, Joffey Jolly, dari Sabah akan menggalas cabaran negara dalam 30 kategori dipertandingkan.

Monsun Timur Laut: JPBN Sarawak bersiap siaga hadapi bencana
Sarawak telah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dan hujan lebat yang dibawa oleh angin Monsun Timur Laut.

Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.
Umpama mimpi jadi kenyataan buat anak yatim Iraq
Yayasan Rumah Iraq untuk Kreativiti ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 dengan tujuan untuk melindungi kanak-kanak gelandangan dan anak yatim di Baghdad.
Pasukan SAR teruskan usaha mencari mayat
Pasukan mencari dan menyelamat dari Libya dan Algeria meneruskan usaha mencari mayat mangsa banjir besar selepas dua empangan pecah pada dua minggu lepas.

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London himpun pakar undang-undang bincang kes Sulu
Kolokium itu membawa bersama ilmu dan pengalaman rakan-rakan persidangan untuk menyampaikan penilaian akademik secara mendalam akan impak kes Sulu.

Piala Malaysia: Perak FC layak ke separuh akhir
Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia biarpun menang tipis 1-0 berdepan Sabah FC pada aksi suku akhir kedua piala berprestij itu di Stadium Perak, malam ini.

Peruntukan khas RM3 juta bagi pengkarya Sarawak, Sabah hasilkan kandungan berkualiti - Fahmi
Peruntukan khas berjumlah RM3 juta kepada pengkarya seni Sarawak dan Sabah bagi menggalakkan penerbitan berkualiti.

Fahmi serah watikah pelantikan kepada enam Ahli Perbadanan FINAS
Seramai enam individu dilantik sebagai Ahli FINAS yang baharu bagi mengisi kekosongan sedia ada berkuat kuasa 1 Ogos lepas hingga 31 Julai 2025.

Oscar: Perancangan jangka panjang perlu bagi tembus pasaran antarabangsa - Kamil
Menurut Pengerusi Finas, Datuk Kamil Othman kemenangan Michelle juga membuktikan ia bukan satu usaha jangka pendek.

KKD teliti Dasar Perfileman Negara untuk penambahbaikan - Fahmi
Ia melibatkan beberapa perkara khusus bukan sahaja berkait pemain industri kreatif tempatan malah usaha menarik produksi luar ke Malaysia.

Belanjawan 2023: RM102 juta bantu Dana Kandungan Digital, pacu penghasilan karya kreatif
Kerajaan bercadang agar sumbangan kepada Tabung Komuniti Filem dan Pembangunan Filem Kenegaraan di bawah FINAS akan diberi potongan cukai.

Kamil Othman dilantik pengerusi FINAS
Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia (KKD) mengumumkan pelantikan Datuk Kamil Othman sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang baharu.

Isu kerja lebih 20 jam: Jangan ambil mudah perkara ini, Finas! - Seniman
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) telah mengambil maklum dan mendengar penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas melalui isu berbangkit yang melibatkan ahli kami Sharnaaz Ahmad.

Lenjan artis kerja 20 jam...?
PTVM ingin menegur sikap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang bagaikan tidak memahami masalah sebenar industri.

Akta 244 tidak boleh atasi peruntukan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 - Finas
Md Nasir berkata perkara itu tidak memberi kuasa perundangan kepada Finas berhubung isu lebih masa yang melibatkan penggiat seni.

Zurainah sedia bantu siasatan sekiranya ada penyelewengan dana Finas
Zurainah sahkan telah menerima surat daripada Pejabat YB Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang telah memendekkan tempoh lantikannya sebagai Pengerusi FINAS selaras dengan kuasa Menteri.