Pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265) yang antara lain bertujuan mewajibkan majikan menyediakan kemudahan penginapan yang selesa kepada pekerja asing dijangka akan dibentangkan di Parlimen Januari tahun depan.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata satu kertas kerja terperinci mengenai isu penginapan pekerja asing telahpun dibuat oleh kementerian dan dibentangkan kepada sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Ia telah dipersetujui dan diluluskan oleh jawatankuasa itu. Walaupun telah diluluskan, ia hanya boleh dikuat kuasa setelah diluluskan Parlimen. Kita harap bahawa akta yang sedang kita buat ini akan dapat dibentang dan diluluskan pada Januari 2018.
"Setelah diluluskan, adalah wajib untuk majikan menyediakan penginapan kepada pekerja asing dan saya percaya majikan akan berpusu-pusu mencari tempat tinggal yang diuruskan oleh syarikat yang diluluskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia," katanya di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Penginapan Berpusat Pekerja Asing di Mantin yang diuruskan syarikat MYR Relocation Management Sdn Bhd yang turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Adnan Ab Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MYR Relocation Management Sdn Bhd M. Kamalan.
Mengulas lanjut beliau berkata dalam akta itu, sememangnya terdapat klausa mengenai keperluan majikan menyediakan penginapan untuk pekerja asing, namun ia tidak diselaraskan serta tidak terperinci.
"Dalam kertas kerja itu, kita menerangkan sekurang-kurangnya luas sesebuah bilik mestilah berkeluasan 4.5 meter persegi yang boleh memuatkan empat hingga enam pekerja," katanya.
Dalam pada itu, Riot berkata pusat penginapan berkenaan hanya akan dibina di kawasan yang jauh sedikit dari taman perumahan awam.
"Sebanyak 11 syarikat yang telah diluluskan KDN dan kementerian yang akan menguruskan pembinaan penginapan berpusat ini," katanya.
Terdahulu, Riot meluangkan masa selama setengah jam untuk meninjau sendiri penginapan berpusat itu yang bercirikan pangsapuri dilengkapi empat bilik dan ruang makan serta kemudahan lain seperti kawasan riadah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2017
Pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265) yang antara lain bertujuan mewajibkan majikan menyediakan kemudahan penginapan yang selesa kepada pekerja asing dijangka akan dibentangkan di Parlimen Januari tahun depan. -Gambar fail
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Kenaikan gaji: Tingkat produktiviti, kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat - KPPA
Semua anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat seiring pengumuman kenaikan gaji.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
'Puluhan ribu gugur terkena mesin perang Zionis'
Masa yang sepatutnya diguna untuk meraikan sambutan Hari Pekerja Sedunia diganti dengan himpunan untuk menunjukkan tanda bersolidariti dengan rakyat Palestin. Itu yang berlaku di Tunisia yang mana ribuan rakyatnya berhimpun di ibu negara Tunis sebagai tanda sokongan terhadap penduduk Gaza dengan memanggil himpunan sebagai 'May Day'.
Lebuh raya runtuh, 24 maut
Menurut CCTV, pihak berkuasa China menghantar kira-kira 500 anggota penyelamat ke lokasi insiden.
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
Pindaan Akta Kerja 1955 akan dibentang di Parlimen Januari depan
Pindaan Akta Kerja 1955 yang antara lain bertujuan mewajibkan majikan menyediakan kemudahan penginapan yang selesa kepada pekerja asing dijangka akan dibentangkan di Parlimen Januari tahun depan