PUTRAJAYA: Pindaan Akta Pencetakan Teks Al-Quran akan menambah baik faedah kepada pihak industri dan masyarakat melalui kawalan terhadap pencetakan, pengimportan, penjualan, penerbitan dan pengedaran teks dan bahan Al-Quran di negara ini.
Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Nik Yusaimi Yussof berkata Akta Pencetakan Teks Al-Qur'an 1986 (Pindaan) 2023 yang berkuat kuasa 1 Sept lepas bertujuan memelihara kemuliaan ayat Al-Quran, disambut baik industri penerbitan dan pencetakan Al-Quran.
"Masyarakat sering terkeliru dengan memilih Al-Quran yang mempunyai teks tulisan Al-Quran Romanise selain Bahasa Arab yang dianggap mudah untuk dibaca.
"Walau bagaimanapun, Al-Quran Romanise ini tidak diperakukan kerana dikhuatiri mengakibatkan kesalahan sebutan dan bacaan yang membawa maksud tidak tepat sebagaimana ayat tersebut diturunkan," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Nik Yusaimi berkata terdapat lima inti pati utama pindaan Akta tersebut antaranya tulisan Braille dikawal di bawah Akta supaya menepati penulisannya dan bebas daripada kesalahan serta kadar denda dan tempoh hukuman dinaikkan kepada RM50,000 atau lima tahun penjara.
Beliau berkata teks dan bahan Al-Quran yang perlu diperakukan oleh KDN adalah Al-Quran yang mengandungi satu juzuk atau lebih.
Katanya ciri-ciri Al-Quran yang diperakukan KDN ialah penulisan yang dibenarkan oleh LPPPQ (Rasm Uthmani), bebas dari kesalahan, mempunyai cap perakuan LPPPQ dan pelekat hologram KDN.
"KDN dan pihak industri akan bekerjasama dengan lebih erat dalam menjaga kemuliaan dan kesucian Al-Quran. Pihak industri merupakan rakan strategik KDN dalam usaha menggalakkan masyarakat memiliki Al-Quran yang diperakukan KDN dan menjayakan misi 'Ke Arah Sifar Al-Quran Tiada Perakuan KDN'," katanya.
Pihak industri adalah terdiri daripada penerbit Al-Quran dan pemegang Lesen Mesin Cetak Al-Quran (LMCQ) dan sehingga kini terdapat 965 jenis perakuan Al-Quran dan 45 pemegang LMCQ di Malaysia.
Nik Yusaimi berkata KDN turut menyeru agar orang ramai memberikan kerjasama untuk menyalurkan maklumat berkaitan teks atau bahan Al-Quran yang tiada perakuan KDN serta bercanggah dengan Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Pindaan) 2023.
Orang ramai boleh hubungi KDN di talian 03-8000 8000/ 8889 3145, e-mel [email protected] atau melalui laman web www.moha.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024
Nik Yusaimi berkata Akta Pencetakan Teks Al-Qur'an 1986 (Pindaan) 2023 yang berkuat kuasa 1 Sept lepas bertujuan memelihara kemuliaan ayat Al-Quran, disambut baik industri penerbitan dan pencetakan Al-Quran. - Foto fail/BERNAMA
Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.
Pihak berkuasa Jepun halang pemandangan Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun memasang penghadang pemandangan Gunung Fuji pada Selasa untuk mengatasi peningkatan pelancong asing yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan sekitar.
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Yakin RUU355 akan dapat undi majoriti mudah - Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan mendapat undian majoriti mudah dalam sidang parlimen akan datang.
Rakyat Malaysia bimbang penipuan pembayaran
Firma perisian Analitik Global, FICO, dalam penyelidikan terbaharunya mendedahkan bahawa 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu dalam hal berkaitan pembayaran.
Suspek buang bayi dipercayai warga asing
Suspek buang bayi di pangsapuri di Pantai Dalam dipercayai bukan penduduk kawasan perumahan.
[INFOGRAFIK] Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ST1 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan KDNK ST1 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Ibu bapa bayi naik motosikal ucap terima kasih kepada PM
Pasangan suami isteri yang menaiki motosikal sambil membawa bayi berusia 11 bulan yang tular di media sosial dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan berterima kasih selepas mendapat bantuan.
Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
Pindaan akta pencetakan teks Al-Quran tambah baik faedah melalui kawalan
Pindaan Akta Pencetakan Teks Al-Quran akan menambah baik faedah kepada pihak industri dan masyarakat.