KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dimaklumkan bahawa beberapa pindaan akan dilakukan kepada Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada 6 November lepas.
Justeru, beliau berharap pindaan tersebut bukan hanya perubahan kosmetik, tetapi benar-benar menjamin bantuan buat golongan rentan, serta mempertimbangkan cadangan daripada pembangkang.
“Saya tidak mengibarkan bendera putih lagi. Kita masih berdialog dan berdiskusi dengan pimpinan kerajaan.
"Saya telah pun berhubung dengan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kanan.
“Saya dimaklumkan akan ada pindaan-pindaan yang akan dilakukan kepada versi Belanjawan pertama yang dibentangkan sebelum ini,” ujar bekas Menteri Belia dan Sukan itu menerusi program Awani PAGI pada Selasa.
“Saya berharap ia bukan perubahan kosmetik. Perlu ada pindaan daripada sudut lanjutan moratorium,” tegasnya.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto yang turut serta dalam wawancara tersebut, berkongsi pandangan bahawa kerajaan perlu mendengar pandangan pihak pembangkang.
“Saya tidak ada keyakinan terhadap Belanjawan ini dan saya rasa isu lebih penting ialah mekanisme untuk mengagihkan peruntukan ini,” kata Kasthuri.
Berhubung persoalan kestabilan politik, Syed Saddiq menggesa supaya kerajaan mencari jalan tengah bagi mencapai kesepakatan dan kematangan bagi meluluskan Belanjawan 2021 yang mendapat persetujuan majoriti.
“Untuk capai kestabilan politik, perlu ada kematangan politik - iaitu untuk kerajaan dan pembangkang duduk semeja.
“Kalau Perdana Menteri betul-betul serius dan mempunyai iltizam politik dan ingin mencari titik tengah untuk melangkah ke hadapan bersama, saya rasa dia akan setuju bukan bersama semua tetapi sekurang-kurangnya dengan cadangan yang diketengahkan,” tambah Syed Saddiq.
Berbaki hanya dua hari lagi sebelum pengundian Belanjawan 2021, beberapa ahli Parlimen menimbulkan keperluan untuk kerajaan mencapai perjanjian bersama pembangkang.
Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini mendedahkan surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat bahawa beliau tidak akan hadir membahaskan Belanjawan selagi keabsahan kerajaan Perikatan Nasional dibuktikan di Parlimen dengan usul undi tidak percaya.
Susulan itu, Ahli Parlimen Wong Chen mencadangkan supaya satu perjanjian bertulis dibuat kerajaan untuk mendapat kelulusan Belanjawan 2021 dengan syarat usul undi tidak percaya dibahaskan selepas itu.
Sebanyak 25 usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disenaraikan dalam sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14.
Nailah Huda
Tue Nov 24 2020

Syed Saddiq dimaklumkan beberapa pindaan akan dilakukan kepada Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada 6 November lepas. -Foto BERNAMA

May Day For Justice - Tribut buat Tun Salleh Abas
Bagi Tun Salleh Abas, kisah pemecatan sebagai Ketua Hakim Negara daripada pandangan dan kaca mata adalah satu titik hitam dalam kehidupannya.

Prosedur Operasi Standard (SOP) sambutan Tahun Baru Cina di Sarawak
Berikut merupakan SOP yang digariskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak untuk sambutan Tahun Baru Cina di seluruh negeri itu.

PKP 2.0 | Inisiatif peniaga turunkan harga ikan
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di tujuh negeri, sedikit sebanyak memberi kesan kepada sektor perniagaan dan pemborongan bekalan bahan mentah. Laporannya bersama wartawan Fareez Azman di Sungai Buloh.

Vaksin | Norway beri amaran, pesakit berusia lebih 80 tahun berisiko
Norway melaporkan terdapat individu warga emas berusia lebih 80 tahun yang meninggal dunia selepas mengambil suntikan vaksin COVID-19 buatan Pfizer dan BioNTech. Datuk Dr Zainal Ariffin Omar mengulas lanjut berkait persediaan yang perlu dilakukan Malaysia sebelum program imunisasi COVID-19 ini bermula.

Perdana Menteri zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Salleh Abas
Perdana Menteri berkata, Allahyarham telah memperkasa dan mengangkat integriti institusi kehakiman sewaktu menjadi Ketua Hakim Negara

Gempa Sulawesi: 45 maut, ratusan lagi cedera
Pasukan penyelamat hari ini mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang dikhuatiri tertimbus.

AWANI Pagi | Semakin diterima pelajar, mudah dimuat turun
Beradaptasi kepada arus pemodenan teknologi, buku teks dahulu secara fizikal kini boleh didapati dalam bentuk elektronik iaitu e-textbook. Bagi perbadanan kota buku, ia semakin diterima pelajar mahupun guru apabila lebih 350 ribu judul buku dimuat turun dalam tempoh satu hari ia dilancarkan.

E-textbook | Murid berkeperluan khas perlu pendekatan berbeza
Kerajaan begitu juga dengan penyedia platform boleh duduk semeja untuk memastikan buku teks secara elektronik atau e-textbook ini turut mesra kepada murid berkeperluan khas. Jelas yang Dipertua Mimbar, Datin Seri Ismalina Ismail, pelbagai jenis murid keperluan khas yang menuntut pelbagai pendekatan berbeza.

Peniaga | Pohon surat kebenaran perjalanan sekali sahaja
Penduduk di Kelantan yang bekerja sendiri atau pekerja harian tiada majikan, kini dibolehkan memohon surat kebenaran perjalanan sekali sahaja di balai polis berhampiran. Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat pihaknya boleh mengeluarkan surat kebenaran perjalanan bertarikh dari awal hingga berakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini hingga 26 Jan.

COVID-19: Dua peserta Terbuka Australia diasingkan
Kira-kira 1,200 pemain dan kakitangan tiba di Melbourne menjelang Grand Slam Terbuka Australia, bermula 8 Februari depan.

'Proklamasi darurat bukan jawapan tepat' - Syed Saddiq
Proklamasi darurat oleh Perdana Menteri bukan jawapan yang tepat untuk menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi waktu ini.

Pendaftaran tidak diluluskan, MUDA mungkin bersama Warisan?
Parti Warisan Sabah pimpinan Shafie Apdal sebelum ini sudah memaklumkan hasrat mereka untuk melebarkan sayap ke Semenanjung.

Kenapa takut dengan pendaftaran MUDA, soal Syed Saddiq
Jika benar MUDA adalah parti serpihan, parti nyamuk dan tiada sebarang pengaruh, mengapakah sukar untuk meluluskan pendaftaran parti tersebut, soal Syed Saddiq.

Tun Mahathir adakan sidang media petang ini
Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada pukul 6 petang ini.

#BOTAKCHALLENGE: Kempen 1 Keluarga 1 Laptop manfaat lebih 500 keluarga - Syed Saddiq
Misi #BOTAKCHALLENGE bagi mengumpulkan wang sempena kempen 1 Keluarga 1 Laptop berjaya direalisasikan pengagihan 50 buah komputer riba.

Sanggup botakkan kepala demi kumpul dana bantu keluarga susah, itu cara Syed Saddiq
Syed Saddiq berjaya melorongkan satu jalan berteraskan niat, harapan dan tekad, yang kemudian dibuktikan dengan tindakan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

#botakchallenge: Syed Saddiq berjaya kumpul RM383,000
Berjaya! Misi #botakchallenge yang diusahakan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi mengumpul RM200,000 untuk membeli komputer riba untuk keluarga susah di Parlimen tersebut.

Syed Saddiq botakkan kepala di Astro AWANI malam ini? Ada berani?
#BotakChallenge. Berikut cabaran diberikan oleh penyampai berita kami, Luqman Hariz untuk Syed Saddiq lunaskan janji beliau secara langsung di kaca televisyen anda pada jam 8.30 malam ini.

Syed Saddiq junjung kasih TMJ bantu rakyat Muar, mohon maaf atas kesilapan
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini memohon maaf kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ).