KUCHING:Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar hari ini meluluskan  Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Artikel 16 Perlembagaan Sarawak 

RUU yang dibentangkan Menteri Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah itu diluluskan lebih dua pertiga daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas bacaan kali ketiga.

Terdahulu Abdul Karim telah menggugurkan pindaan RUU asal yang dibentangkannya pada Selasa lepas kerana terdapat kejanggalan atau anomali dalam penggubalan RUU tersebut berkaitan tafsiran perkataan 'penduduk negeri'.

Perubahan pindaan itu melibatkan penguguran Seksyen 71 Akta Imigresen 1959 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 71 itu seterunya merujuk kepada seksyen 66.

“Seorang warganegara yang dilahirkan di negeri Sarawak, yang ibu bapa atau salah seorang dari mereka juga dilahirkan di negeri itu dan dia biasanya tinggal di negeri itu.

“Warganegara, walaupun tidak dilahirkan di negeri, yang ibu bapa atau salah seorang daripada mereka dilahirkan di negeri dan dia biasanya tinggal di negeri itu,” jelas Abdul Karim semasa membentangkan hujah dalam Perbahasan RUU Perlembagaan Persekutuan 2020, di DUN Sarawak hari ini.

Pada Selasa, Mohamad Asfia memutuskan untuk menangguh pembentangan  RUU berkenan ke satu tarikh baharu kerana terdapat anomali.

RUU berkenaan dibantah dalam sesi perbahasan oleh Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen dan Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Datuk Seri Wong Soon Koh.

Ia sebelum itu dibentangkan Abdul Karim untuk meminda Artikel 16 Perlembagaan Negeri bagi menurunkan kelayakan umur rakyat Sarawak yang dipilih sebagai ADUN dari 21 kepada 18 tahun supaya selaras dengan Seksyen 5 Bahagian 1 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan (FC) yang dipinda.

Baca: Anomali punca (RUU) pinda Perlembagaan Sarawak ditangguh - Speaker

Baca: DAP, PSB diminta berhenti kelirukan rakyat Sarawak - Wong King Wei