awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pindah 25 ekor kambing hidup tanpa kebenaran, penternak didenda RM5,000

Bernama
Bernama
07/04/2022
05:59 MYT
Pindah 25 ekor kambing hidup tanpa kebenaran, penternak didenda RM5,000
C. Soma Sumdaram, 62, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan. - Bernama
BUKIT MERTAJAM: Seorang penternak kambing didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memindah 25 ekor kambing jantan hidup tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang pada Mac lepas.
C. Soma Sumdaram, 62, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.
Soma Sumdaram didakwa memindahkan 25 ekor kambing jantan hidup di Jalan Machang Bubok dengan menggunakan kenderaan lori bernombor pendaftaran PJA4770, tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau mana-mana pihak berkuasa veterinar pada 2 Mac, lebih kurang 5.40 petang.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Perintah 4 (1)(a) Perintah Haiwan (Kawalan dan Pembasmian Contagious Abortion serta Penyakit Kuku dan Mulut) 2003 perintah bawah Subseksyen 36(1)(c)(i) Akta Binatang 1953 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM15,000.
Sebelum itu Soma Sumdaram yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum kerana ini merupakan kesalahan pertamanya sepanjang 45 tahun beliau menjadi penternak kambing.
Mohd Harith kemudian memerintah lelaki itu dilucutkan hak hasil jualan 25 ekor kambing berkenaan berjumlah RM7,500 manakala lori akan dikembalikan selepas denda RM5,000 dibayar. Soma Sumdaram telah membayar denda berkenaan.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Roziman Awang Tahrin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pindah kambing
#penternak didenda
#mahkamah
#Veterinar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan