BANDAR PERMAISURI: Seorang pemandu lori didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Setiu di sini hari ini setelah mengaku bersalah memindahkan 62 ekor kambing disyaki dari Thailand bernilai RM28,470 tanpa kebenaran pada tahun lepas.
Abli Abdullah, 46, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Ainis Abu Hassan Shaari yang turut memerintahkan 62 ekor kambing tersebut dilucutkan hak dan wang hasil jualan ternakan menjadi hasil kerajaan.
Lelaki itu didakwa memindahkan kesemua kambing berkenaan menggunakan lori jenis Hino tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu atau mana-mana pihak berkuasa veterinar, kira-kira 11.15 malam di tepi jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu pada 13 Okt 2022.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Perenggan i (b) Perintah Menteri Besar bagi Kawalan Penyakit Kuku Dan Mulut Dan Hawar Berdarah bagi Negeri Terengganu yang diwartakan di bawah Subseksyen 36(1) Akta Binatang 1953 dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 36(7) akta sama yang membawa denda maksimum RM15,000.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Mohd Shahihan Mohd Tahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 02 2023

Majistret Ainis Abu Hassan Shaari yang turut memerintahkan 62 ekor kambing tersebut dilucutkan hak dan wang hasil jualan ternakan menjadi hasil kerajaan. - Gambar hiasan

Pinda akta, beri makanan halal kepada haiwan - Pekemas
Status halal untuk makanan haiwan-haiwan di negara ini penting seperti mana status halal makanan untuk umat Islam.

Isu sempadan P.Pinang-Kedah: Tindakan akan diambil terhadap penyebar maklumat palsu
Tindakan akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan isu sempadan Pulau Pinang dan Kedah.

Pecah amanah RM24.8 juta: Reman penolong akauntan disambung tujuh hari
Reman seorang penolong akauntan sebuah agensi KKDW di Gua Musang bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta, disambung tujuh hari lagi.

PRN Terengganu: Pembahagian kerusi Pas, Bersatu diputuskan dua hari lagi
Pihak terlibat masih dalam perbincangan berhubung pembahagian itu, namun PAS Terengganu bersedia memberi laluan kepada Bersatu untuk bertanding di beberapa kerusi.

Semburan pewangi lebih tahan lama dengan cara ini, bukan sembur di bahagian tertentu sahaja
Berikut dikongsikan beberapa tip bagaimana anda boleh membuatkan bau pewangi lebih tahan lama dan mengancam!

Pelajar maut dalam kemalangan babitkan dua motosikal
Akibat kemalangan, motosikal dinaiki pelajar itu merempuh penghadang jalan di bahu kiri jalan raya sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan.

Bekas ahli UMNO yang rindu PAU, sila datang - Zahid
Bekas ahli parti Melayu itu mungkin boleh menjadi pemerhati di luar dewan ketika perhimpunan tersebut berlangsung.

Penubuhan 1,878 Komuniti Madani perkasa usaha penyaluran maklumat kerajaan
Kerajaan yakin penubuhan 1,878 Komuniti Madani di seluruh negara mampu memperkasakan usaha penyaluran maklumat kerajaan kepada rakyat dengan kerjasama semua pihak di peringkat akar umbi.

Kadar inflasi Malaysia kekal sederhana pada 2023 - Rafizi
Kerajaan optimis negara mampu mencapai sasaran inflasi antara 2.8 peratus dan 3.3 peratus pada 2023.

#PE3: Tayar kereta pecah! Shaheizy Sam dapat bantuan Abang Polis Evo
Dalam perkongsian itu, Sam bernasib baik kerana mendapat bantuan daripada pasukan Polis Evo.

Kalimah Allah: Takiyuddin 'kambinghitamkan' saya - Aziz Bari
Aziz Bari menyifatkan kenyataan dibuat Takiyuddin yang mengaitkan dirinya dengan kes penggunaan kalimah Allah sebagai mahu menjadikan beliau sebagai 'kambing hitam'.

Padah pindah kambing tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM5,000
Tertuduh turut berdepan hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Curi ekor kambing sumbat dalam kereta
Tindakan seorang lelaki mencuri tiga ekor kambing membawa padah apabila ditahan kurang daripada empat jam selepas melakukan jenayah itu di sebuah kebun di Kampung Pusak, Ulu Membakut.

Penternak kambing maut ditetak dua individu
Kejadian berlaku ketika mangsa, seorang lelaki tempatan berumur 46 tahun, sedang membawa kambing miliknya di lokasi kejadian.

18 ekor kambing rentung
Kejadian jam 12.57 pagi tadi turut memusnahkan sebuah kandang kambing berkeluasan 10 meter x 12 meter.

Pindah 62 ekor kambing tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM10,000
Seorang pemandu lori didenda RM10,000 setelah mengaku bersalah memindahkan 62 ekor kambing disyaki dari Thailand tanpa kebenaran.

Tradisi memasak bubur lambuk kambing diteruskan
Tradisi memasak bubur lambuk kambing diteruskan

Ular sawa 80kg kenyang telan kambing
Kehadiran reptilia sepanjang enam meter dan seberat 80kg ditemui pemilik kambing di dalam kandang.

Anak kambing miliki telinga terpanjang
Panjang telinga haiwan itu ialah 46 sentimeter dan hampir menyentuh tanah ketika ia berjalan.

Wanita gemar e-sukan bukan perkara pelik
Stigma masyarakat terhadap golongan wanita yang menceburi permainan e-sukan mungkin bakal mencetuskan persepsi yang berbeza-beza.