awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pindah anggota ada masalah disiplin ke Sabah, Hajiji dapatkan penjelasan polis

Astro Awani
Astro Awani
03/08/2022
08:26 MYT
Pindah anggota ada masalah disiplin ke Sabah, Hajiji dapatkan penjelasan polis
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memandang serius tindakan polis memindahkan sembilan anggotanya yang dipercayai terlibat dalam kes peras ugut ke Sabah dan Sarawak tanpa mendapat pandangan kerajaan negeri terlebih dahulu.
Sebaliknya tegas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meminta memaklumkan dan berbincang dengan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri sebelum tindakan itu dilaksanakan.
"Saya memandang serius perkara ini walaupun tindakan itu mungkin sebagai satu prosedur atau tindakan disiplin yang diambil entiti itu terhadap anggota mereka," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Hajiji yang sedang menunaikan ibadah Umrah juga berkata beliau akan mendapatkan penjelasan daripada pihak polis mengenai perkara itu.
Terdahulu, media melaporkan sembilan anggota polis yang disiasat selepas dipercayai terlibat dalam kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor mengenai pemilikan dadah, baru-baru ini telah ditempatkan untuk bertugas di Sabah dan Sarawak.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, siasatan berkaitan kesemua anggota terdiri daripada konstabel hingga sub inspektor masih dijalankan secara terperinci.
katanya, kesemua anggota yang terlibat telah ditukarkan ke beberapa balai polis dan bahagian di Sabah dan Sarawak.
Topic Berkaitan
#Pindah anggota polis
#Pindah anggota ke Sabah
#Hajiji Noor
#keselamatan Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan