KUANTAN: Hasrat seorang pesara guru untuk membuat pinjaman RM2.5 juta bagi membantu rakan warga Amerika Syarikat yang mengalami kerugian berjuta ringgit dalam perniagaan tidak kesampaian, sebaliknya, rugi
RM472,941 selepas dipercayai sindiket pinjaman wang tidak wujud.
Penipuan itu bermula pada Februari lalu, apabila yang mangsa berusia 65 tahun dan menetap Lanchang, Temerloh tertarik dengan pinjaman yang ditawarkan selepas melihat iklan pinjaman wang berlesen di laman web Google.
Menurut Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Deputi Superintendan Yap Huat Tian, mangsa mengisi borang permohonan pinjaman peribadi RM2.5 juta secara dalam talian di laman sesawang sebuah syarikat pinjaman wang berlesen.
Katanya, dua agen syarikat yang bertindak sebagai agen pengurusan pinjaman syarikat terbabit telah menghubungi mangsa dan menyatakan permohonan pinjaman wanita terbabit telah diluluskan.
Bagaimanapun, kata Huat Tian, mangsa telah diarahkan oleh agen berkenaan untuk memindahkan bayaran pendahuluan sebanyak RM50,000 bagi mengaktifkan sistem pembayaran.
Mangsa, jelas beliau, menurut permintaan agen berkenaan dengan memindahkan bayaran yang diminta menerusi dua transaksi.
"Selepas itu, mangsa telah membuat sebanyak 41 transaksi ke dalam akaun berbeza bagi tujuan melancarkan sistem pinjaman merit markah demi meluluskan pinjaman sebanyak RM2.5 juta.
“Transaksi dibuat ke dalam akaun yang kononnya milik kakitangan syarikat itu dengan alasan bagi mengelakkan dikenakan cukai kerajaan," kata Huat Tian dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
Beliau memberitahu, mangsa, bagaimanapun, gagal untuk mendapatkan pinjaman yang dijanjikan, sebaliknya, diarahakan supaya memasukkan lagi wang sebanyak RM450,000 untuk tujuan cubaan akaun.
Huat Tian berkata, selepas gagal mendapat pinjaman pertama, mangsa berusaha membuat pinjaman kedua sebanyak RM150,000 juga melalui laman web Google.
Jelasnya, kaedah proses pinjaman itu juga sama dengan pinjaman kali pertama iaitu secara dalam talian.
Untuk permohonan kali kedua, mangsa perlu membuat bayaran kepada pihak syarikat kedua sebanyak RM18,773.40 melalui lapan transaksi menggunakan akaun berbeza.
"Selepas merasa curiga dengan pihak syarikat pertama dan kedua, mangsa seolah tidak berputus asa untuk mendapatkan pinjaman lantas mencari syarikat ketiga.
“Namun mangsa tidak bercadang memasukkan wang kerana percaya segala prosedur pembayaran seperti dua syarikat sebelum ini.
"Syarikat ketiga mengugut mangsa sekiranya enggan meneruskan pinjaman akan dikenakan bayaran ke atas lelongan pinjaman terbabit," katanya.
Huat Tian memaklumkan, selepas menyedari dirinya ditipu oleh sindiket pinjaman yang tidak wujud, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.
"Modus operandi kes berkenaan ialah suspek memperdaya mangsa dengan pinjaman wang tidak wujud di laman web Google sehingga mengalami kerugian,” tegas beliau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun," katanya.
Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysian (PDRM) menasihati orang awam supaya tidak mudah mempercayai syarikat peminjam wang atas talian kerana segala urusan pinjaman wang dengan syarikat peminjam berlesen hanya boleh diuruskan di pejabat syarikat terbabit.
Mohd Zalani Md Atan
Sun May 22 2022
Deputi Superintendan Yap Huat Tian berkata, mangsa mengisi borang permohonan pinjaman peribadi RM2.5 juta secara dalam talian di laman sesawang sebuah syarikat pinjaman wang berlesen.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Bas penumpang hampir terjunam berhampiran jambatan Bronx
Sebuah bas New York terbabas dan tergantung di ketinggian 3.7 meteri berhampiran jambatan Henry Hudson Parkway, New York.
Lebih 10,000 syarikat di Jepun muflis tahun lalu
Kenaikan harga, kekurangan buruh yang semakin teruk dan kejatuhan nilai yen di Jepun mengakibatkan kegagalan perniagaannya hingga menyebabkan 10,006 syarikat muflis pada 2024.
Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa 8.30 pagi Ahad
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas akan berkuat kuasa pada 08:30 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar
Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.
Dua pesara guru jadi mangsa 'scammer', rugi lebih RM2.2 juta
Mangsa pertama, seorang lelaki berusia 71 tahun, kehilangan RM1,875,199 selepas terperdaya dengan pelaburan saham palsu di Facebook.
Pesara guru rugi lebih setengah juta ditipu syarikat pelaburan emas
Seorang pesara guru berputih mata selepas wang simpanan peribadi dan pencen sebanyak RM570,000 lesap ditipu syarikat pelaburan jual beli emas.
Pesara guru rugi RM1.7 juta terperdaya 'phone scam'
Seorang pesara guru kerugian RM1.7 juta selepas diperdaya pemanggil yang menyamar sebagai Pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia pada Ogos lepas.
Pesara guru rugi RM138,800 akibat 'phone scam'
Seorang pesara guru mengalami kerugian RM138,800 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui panggilan telefon pada 27 Ogos lepas.
Pesara guru rugi lebih RM130,000 diperdaya sindiket penipuan
Wanita berusia 59 tahun itu diperdaya kononnya terlibat dengan kes penyeludupan dadah dan senjata api.
Pesara guru rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang wanita warga emas mengalami kerugian RM442,947 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi media sosial sejak Ogos tahun lalu.
Pesara guru kerugian hampir setengah juta diperdaya 'ejen kurier'
Seorang pesara guru kerugian RM480,000 selepas diperdaya individu menyamar sebagai ejen sebuah syarikat kurier yang mendakwa kononnya mangsa mempunyai bungkusan mengandungi bahan terlarang.
Datuk 17 cucu genggam PhD pada usia 79 tahun
Seorang pesara guru berusia 79 tahun berjaya menamatkan pengajian di peringkat tertinggi sehingga menggenggam PhD UKM.
Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500
Mangsa mendakwa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran yang memaklumkan terdapat barang atas namanya.
Warga emas hasilkan 600 jenis origami jet pejuang
Pesara guru berusia 88 tahun aktif dalam bidang origami selama 24 tahun.