Kerajaan akan meneruskan pemberian insentif Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil kepada peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada kadar semasa iaitu RM1,500, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan cadangan pemotongan insentif tersebut kepada RM1,000 yang dikemukakan oleh Lembaga Pengarah Felda sebelum ini.
"Keputusan (sebelum ini dicadangkan) oleh Lembaga Pengarah Felda dan mereka ini profesional serta berwibawa dan berpendapat bahawa pemotongan tersebut perlu dilakukan berikutan kedudukan kewangan Felda ketika itu yang amat kritikal.
"Namun sebagai kerajaan yang peduli peneroka, saya telah mengambil maklum cadangan Lembaga Pengarah Felda dan bersama-sama Timbalan Menteri (Dr Mohd Radzi Md Jidin) kami bertemu dengan perdana menteri sebanyak empat kali sebelum kertas putih dibentangkan dan perdana menteri tidak bersetuju dengan cadangan pemotongan itu dalam keadaan ekonomi sekarang yang amat membebankan peneroka Felda," katanya di sini hari ini.
Beliau ditemui pemberita selepas meninjau projek perumahan generasi baharu Felda di Palong 8, di sini yang turut disertai Mohd Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawan, Pendidikan dan Modal Insan negeri Dr Mohamad Rafie Ab Malek; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar Ismail Ahmad dan Pengarah Besar Felda Datuk Dr Othman Omar
Pada 28 Mac lepas, Lembaga Pengarah Felda mencadangkan agensi itu mengurangkan bayaran Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil daripada RM1,500 kepada RM1,000 sebulan ekoran keadaan kewangan semasanya yang kritikal.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata perdana menteri juga telah mengarahkan sejumlah wang disediakan kepada Felda agar pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil dikekalkan pada kadar sedia ada.
Sementara itu, beliau berkata 5,000 unit perumahan generasi baharu Felda di seluruh negara yang mencapai status pembinaan 70 peratus dan ke atas akan disiapkan tahun ini, melibatkan peruntukan RM250 juta.
"Bagi Negeri Sembilan, ia melibatkan 839 unit dengan peruntukan RM90 juta," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai keputusan kerajaan meneruskan projek Bandar Malaysia, Mohamed Azmin berkata projek tersebut tidak melibatkan peruntukan kerajaan, sebaliknya dipacu oleh sektor swasta.
"Projek ini bukan sahaja pembangunan hartanah komersil dan kediaman tetapi satu pembangunan strategik yang dapat menarik pelabur dari syarikat multinasional luar negara khususnya dalam sektor kewangan. Kita mahu jadikan Malaysia hab kewangan di rantau ini.
"Kita berpegang pada prinsip ia mesti dilakukan dengan tender terbuka dan kita dapat maklumat antara sebab pentadbiran lama menamatkan perjanjian asal itu atas pertimbangan untuk dapat imbuhan yang illegal (haram)," katanya.
Semalam, Dr Mahathir mengumumkan kerajaan akan meneruskan semula projek Bandar Malaysia dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM140 bilion selepas ia diberhentikan secara tiba-tiba pada Mei 2017.
Terdahulu, Mohamed Azmin yang dalam lawatan kerja sehari di negeri ini menghadiri Program Rapat Perdana Peneroka Felda Raja Alias di Palong 8 di sini.
Pada program itu beliau turut menerangkan kepada warga peneroka mengenai kertas putih "Ke Arah Kelestarian Felda" yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 April lepas.
Pada majlis itu beliau turut menyampaikan sembilan anugerah kepada individu terpilih.
Penghulu Luak Jempol Datuk Lela Putra Setiawan Abdul Hafit Anuar Abu Bakar dipilih menerima anugerah Tokoh Peneroka, Ramlah Jelani (Tokoh Penerokawati); Rizam Hazmi (Tokoh Belia); Mej (B) Abu Ibon (Tokoh Kaf); Nur Zalifah Pazerizulsham (Tokoh Pelajar); Napsiah Abu Bakar (Tokoh Koperasi); Harlina Abd Rahman (Tokoh Usahawan); Felda Raja Alias 4 (Pemenang AKKF) dan Abu Zarin Baba (Tokoh Imam).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2019
AZMIN: Perdana Menteri juga telah mengarahkan sejumlah wang disediakan kepada Felda agar pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil dikekalkan pada kadar sedia ada. - Gambar fail
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
RM300 bantuan untuk peneroka Felda pendapatan kurang RM1,000 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar sebanyak RM300 kepada peneroka Felda yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.
KKDW laksana pemasangan lampu LED solar jalan kampung tahun ini - Rubiah Wang
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju melaksanakan projek pemasangan lampu LED solar di bawah projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bermula tahun ini.
Kerajaan akan umum pendekatan baharu manfaat warga Felda
Kerajaan bakal mengumumkan beberapa pendekatan baharu yang akan memberi manfaat kepada warga Felda minggu depan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
LKAN: PM arah LTAT, Felda kemukakan laporan penuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan LTAT dan Felda mengemukakan laporan penuh berhubung prestasi mereka dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.
KPF Trading dalam proses muktamadkan penstrukturan semula D'Mart - Ahmad Zahid
Ia melibatkan perbincangan model perniagaan membabitkan usaha sama dengan pemain industri yang mampu memacu pengurusan yang lebih mampan.
Laporan Ketua Audit Negara: Felda akan tingkat kecekapan operasi, tadbir urus
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan terus meningkatkan kecekapan operasi dan tadbir urus yang telus dan mengoptimumkan kecekapan produktiviti.
Isa Samad dibebaskan: Pendakwaan fail rayuan di Mahkamah Persekutuan - Peguam Negara
Ahmad Terrirudin berkata notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam telah difailkan hari ini.
Felda perlu tetapkan hala tuju dapat beroperasi dengan kewangan kukuh - LKAN
Laporan itu turut mencadangkan Felda untuk meningkatkan pemantauan terhadap operasi dan prestasi kewangan syarikat subsidiarinya bagi memastikan kelestarian syarikat dapat dikekalkan.
Tiada bukti kod ‘salam’ kait Isa Samad dengan rasuah - Hakim
'Tiada bukti menunjukkan kod salam antara Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md Arip berkaitan rasuah,' kata Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.
Laporan Audit: FELDA rugi RM1 bilion, rizab LTAT berbaki negatif pada 2022
PR1MA pula dilaporkan menghadapi kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion makakala liabiltii berjumlah RM5.746 bilion.