KUBANG PASU: Dua kali kejadian kepala air berlaku di kawasan tempat perkelahan di Surau Batu Sungai Changlun di sini.
Demikian jelas Wan Mohd Azlan Wan Rozali, 27 tahun, yang memaklumkan, kejadian lewat petang semalam adalah paling dahsyat di mana air naik ke tapak perkelahan itu.
Menurutnya, kejadian pertama berlaku minggu lalu namun hanya melibatkan kawasan sungai.
"Saya mengetahui ada mangsa terperangkap menerusi rakan yang ternampak kejadian tular di Facebook.
"Saya terus memberi bantuan kepada pasukan bomba dengan membawa mereka masuk ke kawasan mangsa terperangkap, kerana kenderaan bomba tidak boleh memasuki kawasan itu.
“Saya gunakan 'all terrain vehicle' (ATV) milik saya untuk mempercepatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR)," katanya ketika ditemui Astro AWANI di lokasi perkhemahan Surau Batu Sungai Changlun, malam tadi.
Katanya, dia sempat bercakap dengan salah seorang mangsa dan berkata mereka akui sangat cemas dan panik kerana tidak pernah mengalami kejadian seperti ini.
Wan Azlan berkata, sebelum kejadian berlaku, dia berada bersama rakannya di kawasan tapak ATV, tidak jauh dari kawasan perkhemahan itu.
Menurutnya, sekiranya berlaku hujan lebat, dia memang sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana.
Sementara itu, 18 pengunjung dari tiga keluarga yang terperangkap dalam kejadian kepala air di kawasan perkelahan tersebut berdepan detik cemas sebelum berjaya diselamatkan anggota bomba.
Penolong Pengarah Bahagian Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan terdapat mangsa terperangkap pada jam 8.27 malam.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Kedah dikejarkan ke lokasi.
BACA: Kejadian kepala air berlaku lagi di Kedah, 16 mangsa terperangkap
BACA: Banjir Kedah: Jumlah mangsa turun kepada 291, hanya tiga PPS dibuka
Sebaik tiba, didapati terdapat 18 mangsa terkandas dan tidak dapat keluar kerana jarak mereka berada di atas bukit ke jalan utama hampir dua kilometer.
Katanya, komander operasi cuba memasuki kawasan itu dengan menggunakan 'all terrain vehicle' (ATV) milik penduduk kampung.
"Air daripada sungai ini telah meningkat kepada tiga meter dan telah sampai ke atas melibatkan 0.5 meter.
"Tiga keluarga ini terperangkap. Saya kerahkan anggota daripada Balai Bukit Kayu Hitam untuk datang menyelamat. Apabila sampai, keadaan telah reda dan air surut.
"Kita telah pastikan semua dalam keadaan selamat," katanya.
Dalam kejadian berasingan di kawasan rekreasi Bukit Wang, dua keluarga terdiri daripada empat dewasa dan tujuh kanak-kanak turut berjaya diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap dalam kepala air.
Katanya, sebaik sahaja kesemua mangsa berjaya diselamatkan pihaknya dimaklumkan terdapat dua lagi mangsa terperangkap pada ketinggian hampir 500 meter di atas bukit.
Jelas Mohamadul Ehsan anggotanya terpaksa menggunakan jalan alternatif untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Kedua-dua mangsa iaitu Mohd Yusoff Shabani, 15 tahun, dan sepupunya, Mohd Aiman Asyraf, 21 tahun, ditemui dalam keadaan kesejukan dan berjaya dibawa turun.
Sehubungan itu, Mohamadul Ehsan menasihatkan kepada orang ramai supaya elak mengadakan aktiviti perkelahan pada musim tengkujuh ketika ini.
"Untuk masa sekarang, tolong, kalau boleh jangan berkelah di waktu tengkujuh sekarang ini, yang melibatkan hujan lebat dan banjir kilat.
"Jauhkan daripada kawasan peranginan, khususnya di kawasan air terjun," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Nov 09 2021
Bomba menggunakan ATV milik penduduk kampung untuk memasuki kawasan perkelahan dan menyelamatkan mangsa terperangkap. Foto Astro AWANI
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Air Terjun Kota Tinggi masih ditutup atas faktor keselamatan
Kawasan rekreasi terkenal Air Terjun Kota Tinggi masih ditutup kepada orang ramai atas faktor keselamatan.
Tragedi 'water rafting': Kak Chik sempat hantar gambar 'selfie' sebelum lemas
Perkara itu dikongsikan adiknya mengenai kenangan akhir bersama arwah selepas menerima gambar dalam kumpulan WhatsApp keluarga pada Jumaat.
Tragedi 'water rafting': Polis rakam keterangan peserta, pengendali sukan air
Polis sudah merakam keterangan 19 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden kepala air yang meragut nyawa tiga kakitangan ketika melakukan aktiviti 'water rafting' di Gopeng.
Tragedi ‘water rafting’: 'Bot terbalik' - Polis jelaskan bagaimana kejadian berlaku
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat mengesahkan kejadian bot terbalik di Sungai Jahang berlaku akibat kepala air selepas hujan.
Tragedi 'water rafting': Khairul Hakim ringan tulang, jaga ibu hingga akhir hayat - Abang
Muhamad Nazri berkata, adik bongsu daripada enam beradik itu banyak membantu keluarga terutama dalam hal ehwal penjagaan ibu bapa mereka.
Traedi 'water rafting': Aktiviti riadah, sukan air daerah Kampar dihentikan
Keputusan itu dibuat susulan daripada kejadian kepala air di laluan Sungai Kampar dan Sungai Jahang sehingga meragut tiga kematian.
Tragedi 'water rafting': Nanta ucap takziah kepada keluarga tiga staf JKR lemas
Menurut Nanta, berita mengenai kejadian tersebut amat menyedihkan bagi pihak Kementerian Kerja Raya terutamanya Jabatan Kerja Raya.
Tiga lemas dihanyutkan kepala air ketika aktiviti 'water rafting'
Tiga individu meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika mengikuti rakit arus deras di Sungai Kampar di sini, pada Jumaat.
Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
Kebun sawit dipenuhi pasir selepas banjir
Pasir dan batu kecil dihanyutkan ke kawasan kebunnya yang terdapat kira-kira 80 pokok sawit selepas tembok batu di tebing sungai runtuh.