awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pinjamkan MyKad: Tiga individu dipenjara, denda di Tawau

Bernama
Bernama
28/03/2023
08:43 MYT
Pinjamkan MyKad: Tiga individu dipenjara, denda di Tawau
Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 4 petang, 24 Mac di Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara UTC Tawau. - Gambar hiasan/Astro AWANI
TAWAU: Akibat meminjamkan kad pengenalan kepada orang lain dan gagal menunjukkan dokumen penting itu kepada pihak berkuasa, tiga individu dijatuhi hukuman penjara dan denda di Mahkamah Majistret berasingan di sini hari ini.
Abdul Habil Mobin, 58, dan Fatimah Hasan, 50, mengaku bersalah di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan dan masing-masing dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,500 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda.
Manakala Durinah Suaib, 36, dikenakan hukuman penjara 12 minggu selepas mengaku salah sebaik pertuduhan habis dibacakan dihadapan Majistret Dzul Elmy Mohd Yunus.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 4 petang, 24 Mac di Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara UTC Tawau kerana gagal mematuhi Peraturan 6 iaitu gagal pada setiap masa membawa kad pengenalan diri.
Pertuduhan adalah di bawah Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dan boleh dihukum di bawah peraturan-peraturan yang sama iaitu penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, Abdul Habil, Fatimah serta Durinah ditahan selepas kediaman mereka di Kampung Air, di Semporna diserbu sepasukan pegawai dari Jabatan Pendaftaran Negara yang menjalankan Ops Lancar antara pukul 10 hingga 10.30 pagi, Jumaat lepas.
Mereka kemudian gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri dan setelah itu, hasil siasatan mendapati tertuduh merupakan warganegara Malaysia serta mengaku meminjamkan kad pengenalan kepada orang lain.
Kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa JPN Mohamad Faizal Tahir, dan Durinah diwakili peguam Jhesseny P Kang manakala Abdul Habil serta Fatimah tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#penjara
#denda
#mykad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan