PADANG BESAR: Pengalaman misteri menyusuri sungai, lorong sempit, jalan berbatu dan suasana gelap bekas lombong batu timah pasti memberi satu pengalaman luar biasa buat pengunjung ke Gua Kelam Dua.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa episod pengembaraan misteri yang menyimpan 1001 rahsia keindahan ibarat hampir sama seperti menonton adegan filem Hollywood Indiana Jones atau Tomb Raider.
Salah satu tarikan baharu yang dibuka kepada orang ramai yang terdapat di dalam Gua Kelam Dua ialah tiga buah piramid dipercayai kubur pelombong bijih timah.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis Awang Shaffie Awang Ahmadni berkata, tiga buah piramid di Gua Kelam Dua itu akan menjadi tarikan baharu pelancong ke gua batu kapur itu.
"Gua Kelam Dua telah lama dibuka kepada orang ramai namun mungkin ia kurang popular berbanding Gua Kelam Satu kerana masih ramai yang tidak tahu keunikan yang terdapat di dalamnya," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Katanya, suasana di dalam Gua Kelam boleh dikatakan hampir 80 peratus sama seperti yang digambarkan dalam filem Indiana Jones dan ia pasti memberi pengalaman luar biasa kepada pengunjung yang gemarkan eksplorasi misteri dan mencabar.
Beliau berkata struktur ketiga-tiga susunan batu itu menyerupai piramid yang terdapat di Mesir dan ia dipercayai kubur lama pelombong biji timah namun belum ada kajian khusus dilakukan terhadap objek misteri itu.
"Kita percaya ia adalah kubur lama berdasarkan beberapa penemuan yang terdapat di sekitar piramad yang berukuran setinggi kira-kira dua hingga tiga meter dan tiga meter lebar itu," katanya.
Katanya orang ramai yang ingin melihat piramid Gua Kelam perlu terlebih dahulu berhubung dengan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis bagi mendapat khidmat juru pandu dan peralatan pendakian dan keselamatan.
"Buat masa ini Gua Kelam Dua dibuka pada pengunjung setiap hujung minggu menerusi dua sesi iaitu 9 pagi dan 11 pagi bagi sesi pertama dan 2 petang bagi sesi kedua," katanya.
Awang Shaffie berkata, orang ramai juga boleh datang secara 'walk-in' namun mereka digalakkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu.
Beliau berkata, seperti peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), hanya mereka yang lengkap vaksinasi COVID-19 dibenarkan masuk ke dalam gua tersebut.
Terdapat tiga pintu Gua Kelam iaitu Gua Kelam Satu, Dua dan Tiga dengan masing-masing-masing menawarkan pengalaman berbeza kepada pengunjung ke gua batu kapur yang merupakan bekas lombong biji timah yang mula dibuka pada tahun 1935.
Gua tersebut terletak di pinggir pekan Kaki Bukit iaitu kira-kira 33 kilometer dari Kangar. Gua Kelam ini memiliki keluasan sebanyak 2000 hektar dan telah diwartakan sebahagian daripada Taman Negeri Perlis pada 3 Julai 2008.
--BERNAMA/Ahmad Muliady Abdul Majid
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Bernama
Sat Sep 18 2021
Terdapat tiga pintu Gua Kelam iaitu Gua Kelam Satu, Dua dan Tiga dengan masing-masing-masing menawarkan pengalaman berbeza kepada pengunjung. - Bernama
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Suami akan tunai hasrat terakhir Mendian Joanna
Suami mendiang Joanna Feliscia Rohna mendedahkan isterinya ada berpesan untuk menjaga dua anak mereka dua minggu sebelum pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak membantu pihaknya mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hajiji-Cabrera bincang kerjasama strategik Sabah-Uruguay
Kunjungan ini juga merupakan peluang untuk memperkenalkan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di Sabah kepada pihak Uruguay, serta menjajaki bidang kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua wilayah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sesi kaunseling kepada keluarga mangsa libatkan KWKM dan KPM
Datuk Seri Nancy Shukru menjelaskan sesi kaunseling melibatkan anak mangsa nahas helikopter di Lumut akan mellibatkan Kementerian Wanita dan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Piramid Gua Kelam tawar pengalaman misteri
Salah satu tarikan baharu yang dibuka kepada orang ramai yang terdapat di dalam Gua Kelam Dua ialah tiga buah piramid dipercayai kubur pelombong bijih timah.