CIMB Group Holdings Bhd meningkatkan langkah keselamatan di semua salurannya, berikutan beberapa pita magnetik mengandungi data sokongan telah hilang dalam perjalanan semasa satu operasi rutin.
Bagaimanapun, CIMB Group mengesahkan pita tersebut tidak mengandungi sebarang maklumat pengesahan peribadi seperti Nombor Pengesahan Peribadi (PIN), kata laluan atau nombor Nilai PengesahanKad (CVV).
"Sesetengah pita tersebut mengandungi maklumat tertentu pelanggan CIMB Bank dan anak-anak syarikatnya. Berikutan siasatan menyeluruh dan terperinci, pihak bank mendapati tiada bukti bahawa maklumat tersebut telah dikompromi sama sekali," menurut CIMB Group dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, pihak bank memilih untuk mengambil langkah konservatif dalam menitikberatkan keselamatan dan perlindungan data, dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa selain menggandakan usaha untuk melindungi kepentingan para pelanggan.
Oleh kerana pita tersebut mengandungi data sokongan, maklumat pelanggan masih lagi bersama CIMB.
Berikutan insiden itu, CIMB telah memberhentikan sementara beberapa perkhidmatan melalui telefon seperti penukaran alamat, nombor telefon, e-mel bagi kad debit serta kad kredit; pemindahan wang/urusan pembayaran tanpa T-PIN dan permintaan T-PIN baharu.
"Buat masa ini, tiada apa-apa langkah yang perlu diambil para pelanggan. Bagaimanapun, CIMB menyarankan agar para pelanggan sentiasa berwaspada dan jika curiga, sila rujuk saluran maklumat rasmi CIMB sama ada melalui laman web utama, pusat panggilan perkhidmatannya atau cawangannya di seluruh negara.
Ketua Eksekutif Kumpulan, CIMB Group, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, pihaknya mengambil berat akan tanggungjawab terhadap para pelanggan dan yakin langkah-langkah tambahan tersebut akan terus memelihara keselamatan transaksi para pelanggan
"Walaupun ini adalah satu insiden terpencil, kami telah mengkaji semula dan mempertingkatkan lagi tahap keselamatan dan memperbaiki proses kami untuk memastikan ia tidak berulang.
"Kami juga memohon maaf jika peningkatan tahap dan langkah-langkah keselamatan buat masa ini menyulitkan pelanggan. Ketahuilah bahawa kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk menangani sebarang risiko susulan insiden ini," katanya
Pelanggan yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi mana-mana nombor berikut: +603 6204 7788 (Perbankan Pengguna); +603 6204 7799 (Kad Premier); 1300 88 5300 (Utama); 1300 88 8828 (Pusat Panggilan Perniagaan - Perbankan Komersial/Perusahaan) dan 1300 88 8068 (Pusat Panggilan Perniagaan - Korporat).
Pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui mana-mana cawangan CIMB atau halaman web melalui www.cimbbank.com.my or www.cimb-bizchannel.com.my. - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 13 2017
CIMB Bank mengambil langkah keselamatan di semua salurannya, berikutan beberapa pita magnetik mengandungi data sokongan telah hilang dalam perjalanan semasa satu operasi rutin. - Gambar fail.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
SPRM sahkan tahan MB Perlis
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli disahkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 10 pagi tadi.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Ringgit diunjur mengukuh tahun ini didorong pembaharuan struktur, prospek positif - BNM
Ringgit berada dalam kedudukan baik untuk mengukuh pada 2024, didorong oleh pembaharuan struktur dan prospek pertumbuhan yang positif.
BNM dijangka kekalkan OPR tidak berubah sepanjang 2024 - BMI
BMI berkata terdapat dua alasan yang menyokong pandangannya bahawa BNM akan mengekalkan kadar pada mesyuarat seterusnya pada 9 Mei 2024.
Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata ringgit telah meningkat kira-kira 1.8 peratus berbanding dolar AS bagi tempoh dari Januari hingga Februari.
Malaysia dijangka catat KDNK 4-5 peratus pada 2024 - Bank Negara
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4.0 dan 5.0 peratus pada 2024.