Skip to main content

Malaysia

Lelaki dikhuatiri lemas selepas selamatkan cucu saudara

51731770642_DrownGeneric.jpg
Mangsa cuba menyelamatkan cucu saudara lelakinya berusia lapan tahun yang dihanyutkan arus ketika mandi di sungai. - Gambar hiasan
Advertisement

KUALA BERANG: Seorang lelaki hilang selepas dihanyutkan arus sungai di Kampung Pulau Kudat, dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Supt Sharudin Abdul Wahab berkata kejadian berlaku ketika mangsa, Harun Ibrahim, 51, cuba menyelamatkan cucu saudara lelakinya berusia lapan tahun yang dihanyutkan arus ketika mandi di sungai itu.

“Polis menerima laporan berkaitan kejadian itu kira-kira 10.15 pagi daripada orang awam. 

"Berdasarkan maklumat awal penduduk kampung, mangsa pada mulanya cuba menyelamatkan cucu saudaranya namun selepas berjaya, mangsa tiba-tiba tenggelam ke dalam sungai dan tidak lagi kelihatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mangsa merupakan pesara Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan menghidap penyakit buah pinggang.

Sharudin berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan oleh pasukan bomba dan polis. 

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement