MALAYSIA
PKP: 1,236 individu dituduh di mahkamah kerana ingkar pada Selasa - Ismail Sabri
Pada Selasa, seramai 732 individu direman manakala 133 individu dibebaskan dengan jaminan polis.
Polis menangkap seramai 865 individu pada Selasa berbanding 946 individu pada hari sebelumnya kerana kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 732 individu direman manakala 133 individu dibebaskan dengan jaminan polis.
"Secara keseluruhan, seramai 1,236 individu dituduh di mahkamah (seluruh negara) semalam (Selasa). Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga semalam adalah sebanyak 17,735 individu," "katanya dalam sidang media pada Rabu.
Katanya, polis bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga telah mengadakan sebanyak 835 sekatan jalan raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan terhadap 609,411 kenderaan.
"Sebanyak 50,226 pemeriksaan mengejut telah diadakan di seluruh negara dengan sebanyak 6,122 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa," tambahnya lagi.

#Angkatan Tentera Malaysia
#COVID19
#ismail sabri yaakob
#keselamatan
#mahkamah
#Malaysia
#Media
#menteri
#PDRM
#polis
#Polis Diraja Malaysia
#tentera