awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 2.0: Kedai dobi layan diri, gunting rambut antara operasi dilarang

Nailah Huda
Nailah Huda
13/01/2021
08:46 MYT
PKP 2.0: Kedai dobi layan diri, gunting rambut antara operasi dilarang
Operasi kedai dobi layan diri, kedai gunting rambut dan kedai pakaian antara operasi yang tidak dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula 13 Januari. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) yang dikuatkuasakan di enam buah negeri menyaksikan beberapa aktiviti perniagaan tidak dibenarkan beroperasi pada tempoh penguatkuasaan dari 13 hingga 26 Januari ini.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) am bagi kawasan-kawasan yang tertakluk kepada PKP 2.0 memaklumkan, antara operasi yang dilarang termasuk operasi kedai dobi layan diri dan gunting rambut, seperti yang dikuatkuasakan pada PKP pertama Mac 2020.
BACA: PKP 2.0: Dua minggu ini sangat kritikal untuk negara - Dr Noor Hisham
Dalam masa sama, waktu operasi bagi premis-premis tertentu turut berbeza seperti restoran yang hanya dibenarkan dibuka dari 6 pagi sehingga 8 malam.
Berikut adalah senarai aktiviti dan jenis perniagaan yang TIDAK dibenarkan:
Aktiviti ekonomi
  • Makan dalam restoran (hanya bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran dibenarkan)
  • Kedai dobi layan diri
  • Kedai gunting rambut
  • Kedai pakaian
  • Kedai cermin mata
  • Kedai gunting rambut, salon, spa dan refleksologi
  • Pasar malam
  • Kelas tuisyen, muzik, tarian, seni, mengaji, bahasa dan sebagainya
  • Kelab malam, pub, pusat karaoke
  • Konsert, acara langsung
Aktiviti sosial
  • Seminar, bengkel, kursus, persidangan, latihan
  • Mesyuarat bersemuka agensi kerajaan dan swasta melibatkan kehadiran wakil agensi luar dan boleh dilaksanakan menerusi sidang video
  • Majlis rasmi dan majlis sosial
  • Semua aktiviti sukan kecuali joging dan berbasikal
Berikut adalah waktu beroperasi bagi premis-premis tertentu:
  • Restoran/kedai makan/penjaja: 6 pagi - 8 malam
  • Hospital, klinik: 24 jam/mengikut lesen kebenaran beroperasi
  • Kedai farmasi: 6 pagi - 8 malam
  • Kedai keperluan harian: 6 pagi - 8 malam
  • Stesen minyak (kecuali di lebuhraya): 6 pagi - 10 malam
  • Pasar harian dan pasar tani: 7 pagi - 2 petang
  • Pasar borong: 12 tengah malam - 6 pagi serta 11 pagi - 4 petang
  • Klinik dan kedai makanan haiwan: 6 pagi - 8 malam
  • Kedai dobi (kecuali dobi layan diri): 6 pagi - 8 malam
Topic Berkaitan
#PKP
#PKP 2 0
#perintah kawalan pergerakan
#Majlis Keselamatan Negara
#MKN
#MITI
#gunting rambut
#dobi
#pakaian
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan