KUALA LUMPUR:Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertimbangkan untuk menaikkan kadar kompaun bagi mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pertimbangan kenaikan kadar kompaun itu bagi memastikan tiada kesalahan berulangan berlaku khususnya membabitkan pusat-pusat hiburan.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu masih belum diputuskan dan hanya akan diumumkan oleh Kementerian Pertahanan selepas membuat penilaian tertentu.
"Setakat ini, masih belum dibuat dan apa yang dibincangkan sebelum ini, banyak kertas kerja telah dibuat dan saya akan serahkan kepada jawatankuasa tertentu untuk buat keputusan.
"Saya boleh sahkan banyak kertas kerja telah dibuat berkaitan undang-undang tertentu untuk menaikkan kadar kompaun agar nampak ketegasan untuk tindakan tersebut.
"Sebanyak contoh, premis hiburan berulang kali membuat kesalahan dan jumlah kompaun RM1,000 dikenakan itu mereka senyum sahaja kerana apalah denda itu jika dibandingkan dengan keuntungan yang dikaut oleh pengunjung," katanya dalam sidang media, di sini pada Selasa.
BACA: PKP: Kebenaran rentas negeri diberi atas budi bicara polis - KPN
Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, tiada kuasa tambahan akan diberikan kepada PDRM susulan pelaksanaan perintah darurat yang bermula hari ini.
"Tidak ada apa-apa yang lebih atau PDRM minta daripada sudut kuasa kerana dengan apa yang ditetapkan kepada PDRM sudah mencukupi.
"Darurat yang diisytiharkan itu tidak memberikan perbezaan daripada segi penugasan atau kuasa-kuasa polis.
"Kuasa untuk mengeluarkan kompaun secara terus tetap ada dan ini yang akan dilaksanakan," jelas Abdul Hamid lagi.
Sementara itu, beliau menggesa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan kompaun yang dikenakan boleh membuat rundingan dengan pihak PDRM.
"Aduan-aduan itu boleh di bawa untuk diselidik dan disiasat sekiranya mereka benar-benar tidak bersalah.
Kita boleh siasat dakwaan-dakwaan tersebut," tegas Abdul Hamid lagi.
Fauzi Suhaimi
Tue Jan 12 2021
Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pertimbangan kenaikan kadar kompaun itu bagi memastikan tiada kesalahan berulangan berlaku khususnya membabitkan pusat-pusat hiburan. - Gambar BERNAMA
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk proses bedah siasat
Kesemua 10 mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.
10 maut Helikopter bertembung di Lumut
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
Kegiatan muat turun bahan lucah kanak-kanak masih berleluasa - PDRM
Kegiatan memuat turut dan berkongsi kandungan lucah kanak-kanak atau bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dalam talian, masih pada tahap membimbangkan.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
'Sheriff' karya paling jujur, janjikan kelainan sisi polis - Yusof Haslam
Yusof Haslam berkata keterbukaan PDRM dengan memberikan 'lampu hijau' dalam pembikinan filem arahan Shafiq Yusof itu telah melancarkan penghasilannya.
Kemalangan jalan raya: Malaysia aman damai tapi rekod 6,000 kematian dalam setahun
Angka kematian itu sangat besar memandangkan Malaysia sebuah negara aman dan damai, tidak terlibat dalam konflik peperangan.
Rogol bawah umur meningkat, bermula daripada 'grooming' - PDRM
Kes jenayah rogol membabitkan gadis bawah umur menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun lepas.
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Ara Damansara, Petaling Jaya, sejak Sabtu lalu.
Aidilfitri: Op Selamat 22 tumpu kurangkan kemalangan
Op Selamat 22 bermula 8 hingga 13 April memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kadar kemalangan ke tahap paling minimum, serta memastikan aliran trafik lancar sepanjang musim perayaan Aidilfitri.
Polis rampas 1,145 kasut guna logo mirip kalimah Allah - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 1,145 pasang kasut bagi membantu siasatan berkaitan logo kasut didakwa mirip kalimah Allah.