awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 2.0: Kebenaran rentas negeri diberi atas budi bicara polis - KPN

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
12/01/2021
12:33 MYT
PKP 2.0: Kebenaran rentas negeri diberi atas budi bicara polis - KPN
Polis telah diarahkan supaya mengggunakan budi bicara setinggi-tingginya bagi membenarkan mereka yang terkandas di sesuatu kawasan untuk melakukan perjalanan rentas negeri ketika pelaksanaan PKP. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan budi bicara bagi mereka yang terkandas di sesuatu kawasan untuk melakukan perjalanan rentas negeri ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, kelonggaran itu akan diberikan tanpa perlu mendapat surat kebenaran rentas negeri sehingga Jumaat ini.
Bagaimanapun, tegas beliau, perjalanan rentas negeri itu perlu disertakan alasan yang kukuh dan munasabah.
“Terdapat ramai ahli keluarga berada di negeri lain yang sedang bercuti dan selain membuat lawatan saudara-mara dan mungkin terperangkap esok.
“Saya telah arahkan supaya petugas di bawah untuk mengggunakan budi bicara setinggi-tingginya bagi membenar mereka terperangkap dapat balik esok.
“Ini termasuk mereka yang telah tempah tiket penerbangan untuk pulang ke kampung, namun kelonggaran ini hanya terpakai sehingga Jumaat ini. Selepas itu perlu mendapatkan surat kebenaran daripada polis,” katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, lebih 300 termasuk 56 Sekatan Jalan Raya (SJR) di bawah Operasi Benteng (Op Benteng) akan dibuat bermula tengah malam ini.
Jumlah itu, menurut beliau, akan bertambah dari semasa ke semasa dengan melihat keperluan di sesuatu kawasan.
"Pada (PKP) peringkat pertama, lebih 700 SJR dilaksanakan di seluruh negara, namun untuk (PKP2.0) polis negeri sedang dalam mengatur lokasi yang berkesan untuk mewujudkan SJR agar tidak berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) PKP.
"SJR ini akan memfokuskan di susur keluar plaza tol dan jalan-jalan Persekutuan yang menghubungkan dua negeri.
"Negeri yang dikenakan PKP Bersyarat yang ada larangan rentas daerah pula, Ketua Polis Daerah masing-masing akan tentukan lokasi SJR," jelasnya.
Sementara itu, beliau menambah, seramai 48,000 pegawai dan anggota telah dikerahkan bagi memantau SOP PKP 2.0.
"Seramai 12,000 pegawai dan anggota lain dalam bersiap siaga untuk dikerahkan jika diperlukan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#kebenaran rentas negeri
#perintah kawalan pergerakan
#polis
#Polis Diraja Malaysia
#budi bicara
#Ketua Polis Negara
#Abdul Hamid Bador
#PKP 2 0
#MCO 2 0
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan