awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ronaldo ledak dua gol, Al Nassr cipta rekod 10 kemenangan berturut-turut
Libya adakan pengebumian ketua tentera, pegawai maut nahas pesawat di Turkiye
Rusia lancar serangan udara paling lama ke atas Kyiv menjelang rundingan damai Trump-Zelensky
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 3.0: Aktiviti penggambaran, pawagam pandu masuk dibenar beroperasi - Finas

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
12/05/2021
02:39 MYT
PKP 3.0: Aktiviti penggambaran, pawagam pandu masuk dibenar beroperasi - Finas
Finas berkata, operasi pawagam tersenarai sebagai aktiviti yang tidak dibenarkan dalam tempoh PKP, tetapi pandu masuk dibenarkan dengan syarat tertentu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penggambaran filem, drama, dokumentari, animasi dan produksi muzik dibenarkan bagi rakaman dalaman (studio) dengan jumlah kru yang minima tanpa penonton di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menjelaskan perkara itu merujuk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) Am PKP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Bagaimanapun, aktiviti berkenaan perlu membuat permohonan Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) dan tertakluk kepada pematuhan SOP Industri Kreatif yang ditetapkan pihak MKN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Finas berkata, operasi pawagam tersenarai sebagai aktiviti yang tidak dibenarkan dalam tempoh PKP.
"Bagaimanapun, aktiviti pawagam pandu masuk dibenarkan dengan syarat perlu mematuhi SOP yang ditetapkan MKN.
"Ini termasuk protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan," tambahnya.
Isnin lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin selepas mesyuarat MKN memutuskan kerajaan bersetuju melaksanakan PKP seluruh negara bermula 12 Mei hingga 7 Jun.
Topic Berkaitan
#FINAS
#SOP
#Perdana Menteri
#filem
#PKP
#Majlis Keselamatan Negara
#operasi
#perintah kawalan pergerakan
#produksi muzik
#pawagam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan