awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thailand-Kemboja capai gencatan senjata, 18 tentera akan dibebaskan
EPL: Aston Villa bangkit tundukkan Chelsea 2-1 di Stamford Bridge
Ronaldo ledak dua gol, Al Nassr cipta rekod 10 kemenangan berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: 482 ditahan ingkar SOP - Ismail Sabri

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
26/01/2021
10:56 MYT
PKP: 482 ditahan ingkar SOP - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu, seramai 444 individu dikompaun manakala 38 lagi direman. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 482 individu atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 444 individu dikompaun manakala 38 lagi direman.
"Antara kesalahan ingkar SOP termasuklah tiada penjarakan fizikal (123), tidak memakai pelitup muka (114), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri/pelanggan (72), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (53) dan lain-lain (120)," katanya dalam sidang media di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Ismail Sabri menambah, sebanyak 63,226 pemeriksaan dilakukan Task Force Operasi Pematuhan bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP di seluruh negara.
Katanya, daripada jumlah itu, seramai 3,106 Pasukan Task Force Operasi Pematuhan PDRM yang terdiri daripada 13,474 anggota telah melakukan pemeriksaan.
"Pemeriksaan dijalankan melibatkan 3,904 pasar raya, restoran (5,490), kilang (1,437), pasar awam/tani (1,716), bank (3,654), penjaja (1,995), pejabat kerajaan (695), tempat ibadat (3,127) serta tempat riadah (1,621).
"Turut diperiksa terminal pengangkutan darat iaitu 1,006, terminal pengangkutan air (227) dan terminal pengangkutan udara (79)," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan manakala tempat buah kenderaan darat dirampas dalam Operasi Benteng (Op Benteng) yang diadakan di seluruh negara.
"Dalam operasi itu juga, sebanyak 138 bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan.
"Sebanyak 533 Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng juga dilaksanakan di seluruh negara," jelasnya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#PDRM
#SOP
#bot
#perintah kawalan pergerakan
#pelitup muka
#pati
#kerajaan
#polis
#PKP
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan