MALAYSIA
PKP di Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi mulai 7 Mei
Pelaksanaan PKP ini untuk memudahkan tindakan kawalan dan pencegahan dijalankan ke atas kes-kes baharu di daerah-daerah ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut akan dilaksanakan di tiga daerah di Johor bermula 7 hingga 20 Mei.
Menurut Ismail Sabri, tiga daerah di Johor itu adalah Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi.
"KKM memaklumkan, jumlah kes aktif di ketiga-tiga ini adalah tinggi dengan kebanyakan kes adalah sporadik dalam komuniti.
"Selain itu, ketiga-tiga daerah ini berstatus zon merah dengan jumlah kes tinggi melebihi 150 kes manakala kapasiti hospital dan ICU melebihi 70 peratus," katanya menerusi kenyataan harian pelaksanaan PKP pada Rabu.
BACA: PKP di Kuala Lumpur mulai 7 Mei hingga 20 Mei
BACA: PKP dilaksanakan di enam daerah di Selangor berkuat kuasa 6 Mei
Ujarnya, pelaksanaan PKP ini adalah untuk memudahkan tindakan kawalan dan pencegahan dijalankan ke atas kes-kes baharu di daerah-daerah ini serta mengekang penularan jangkitan penyakit COVID-19 dalam kalangan komuniti.