awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP dilaksanakan di enam daerah di Selangor berkuat kuasa 6 Mei

Astro Awani
Astro Awani
04/05/2021
09:30 MYT
PKP dilaksanakan di enam daerah di Selangor berkuat kuasa 6 Mei
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daripada sembilan daerah di Selangor berkuat kuasa 6 hingga 17 Mei ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daripada sembilan daerah di Selangor berkuat kuasa 6 hingga 17 Mei ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, ia melibatkan daerah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
Bagaimanapun, tiga daerah lagi masih kekal Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.
"Sidang khas MKN bersetuju melaksanakan PKP ke atas enam daripada sembilan daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
"PKP berkuat kuasa pada 6 hingga 17 Mei 2021. Tiga daerah yang terlibat iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih PKPB," katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.
Ujarnya, keputusan itu mengambil kira peningkatan kes COVID-19 yang mendadak serta bagi memutuskan penularan jangkitan COVID-19.
Dengan pengumuman PKP itu, maka pergerakan rentas daerah dan negeri bagi enam daerah berkenaan adalah tidak dibenarkan kecuali kes-kes kecemasan, kematian dan melibatkan urusan kerja.
"SOP PKP sama seperti SOP PKP di kawasan lain seperti di Kelantan dan lima daerah di Kedah," ujarnya lagi. [INFOGRAFIK] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Di Selangor | Berkuat Kuasa 6 Mei - 17 Mei
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#SOP
#Media
#PKP
#Sabak Bernam
#rentas daerah
#PKPB
#perintah kawalan pergerakan
#Hulu Selangor
#Kuala Selangor
#Sepang
#Kuala Langat
#Klang
#kerajaan
#menteri
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan