awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: 'Dine-in', bufet Ramadan di Selangor tidak dibenar mulai esok

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/05/2021
09:35 MYT
PKP: 'Dine-in', bufet Ramadan di Selangor tidak dibenar mulai esok
Amirudin Shari berkata, dine-in tidak dibenarkan kerana pemantauan mendapati lokasi-lokasi itu menjadi punca perkumpulan. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Semua dine-in dan bufet Ramadan di hotel dan restoran tidak dibenarkan mulai esok di Selangor.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dine-in tidak dibenarkan kerana pemantauan mendapati lokasi-lokasi itu menjadi punca perkumpulan.
Walau bagaimanapun beliau berkata, kedai makan, stesen minyak dan kedai runcit boleh beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam.
"Prosedur operasi standard (SOP) mengehadkan sehingga pukul 10 malam, namun kita panjangkan sehingga pukul 12 tengah malam atas keperluan bersahur.
"Namun demikian orang ramai hanya dibenarkan bungkus atau take away (bawa pulang) seperti yang digariskan," katanya pada sidang media khas berhubung pelaksanaan PKP di enam daerah di Selangor di sini, pada Rabu.
BACA: PKP: Bazar Ramadan di Selangor tidak dibenarkan mulai Sabtu ini - MB
BACA: PKP: Semua institusi pendidikan termasuk sekolah diarah tutup mulai esok - MB Selangor
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan di Selangor | 05 Mei 2021
Dalam pada itu, Amirudin berkata, pasar raya atau bazar raya dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga pukul 10 malam dengan sistem penggiliran.
Beliau menjelaskan, pengunjung juga dihadkan dengan 50 peratus mengikut saiz bangunan dan premis.
"Adalah menjadi tanggungjawab pengurusan bangunan untuk mengawal selia dan kita telah adakan berbincangan dengan pasukan polis.
"Jika ada pelanggaran SOP, kita akan arahkan penutupan operasi serta merta," ujarnya.
Beliau turut memaklumkan, mereka yang berusia 12 tahun termasuk yang menemani pengunjung adalah tidak dibenarkan memasuki premis pasar raya.
"Pada masa yang sama kita mewajibkan semua pengurus pasar raya untuk melantik pegawai pemantau yang akan memaklumkan kepada pihak penguatkuasa atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan pemantuhan SOP dan untuk kerap kali mengulangi pengumuman SOP.
"Berdasarkan gambar-gambar di pasar raya, kita mendapati tahap kepatuhan (SOP) sadalah sangat rendah," tambahnya lagi.
Enam daerah di Selangor diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa Khamis ini (6 Mei) hingga 17 Mei, berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.
Topic Berkaitan
#dine in
#Ramadan
#stesen minyak
#bungkus
#pasar raya
#PKP Selangor
#PKP
#MCO
#perintah kawalan pergerakan
#Amirudin Shari
#Menteri Besar Selangor
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan