awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Semua institusi pendidikan termasuk sekolah diarah tutup mulai esok - MB Selangor

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/05/2021
08:51 MYT
PKP: Semua institusi pendidikan termasuk sekolah diarah tutup mulai esok - MB Selangor
Amirudin Shari berkata, Semua institusi pendidikan termasuk sekolah di kawasan Selangor diarah tutup mulai esok. - Gambar fail
SHAH ALAM: Semua institusi pendidikan termasuk sekolah di kawasan Selangor diarah tutup mulai esok berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah di negeri itu.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, arahan itu tertakluk sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri atau pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
"Saya sendiri ada menghubungi Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dua kali hari ini dan beliau memaklumkan Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian (Pendidikan) bersetuju.
"Justeru mulai esok semua sekolah-sekolah kebangsaan di Selangor, harian dan sekolah kelolaan di bawah Jabatan Agama Islam Negeri. Kita juga berharap sekolah-sekolah swasta juga berharap mengikut arahan ini," katanya pada sidang media khas berhubung pelaksanaan PKP di enam daerah di Selangor di sini, pada Rabu.
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan di Selangor | 05 Mei 2021
Mengulas lanjut beliau berkata, tempoh lazim cuti sekolah akan bermula pada Isnin iaitu pada 10 Mei depan, namun ekoran pelaksanaan PKP, sekolah ditutup awal dua hari memandangkan terdapat risiko jangkitan di sekolah.
Namun begitu beliau menjelaskan, sekiranya keadaan berubah, kerajaan Selangor sedia mempertimbangkan atas arahan dan pertimbangan Kementerian Pendidikan.
Enam daerah di Selangor diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa Khamis ini (6 Mei) hingga 17 Mei, berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.
Topic Berkaitan
#PKP
#Amirudin Shari
#sekolah ditutup
#Selangor
#Kementerian Pendidikan
#MCO
#Pelaksanaan PKP
#perintah kawalan pergerakan
#COVID-19
#pengajaran dan pembelajaran
#sekolah
#Aidilfitri
#Menteri Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan