KUALA LUMPUR: Pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur dan Selangor adalah sangat tidak relevan dan kelihatan tidak wajar dalam kestabilan ekonomi secara menyeluruh.
Presiden Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM), Zarinah Mohideen menegaskan, penutupan industri haruslah dibuat secara menyeluruh dan bukannya bersasar kepada sesetengah industri sahaja supaya langkah yang diambil lebih berkesan dan efektif.
"Jika kerajaan memandang serius dalam aspek membendung penyebaran wabak COVID19 ini, mereka harus berlaku adil dalam penutupan industri dan bukan hanya tertumpu pada sektor servis serta kecil sahaja.
"Seperti kita sedia maklum dan telah dibuktikan dengan fakta, penularan wabak COVID-19 sangat drastik dan jumlah yang paling banyak adalah dalam sektor perkilangan namun, sektor dan industri perkilangan tidak sedikit pun terjejas atau ditutup walaupun sektor inilah merupakan penyumbang terbesar dalam pengiraan peningkatan jumlah kebolehjangkitan dalam permasalahan COVID-19 ini.
"Jika menurut kepada statistik yang menyatakan bahawa seandainya sektor perkilangan berhenti berfungsi dan ditutup, kerajaan akan terjejas teruk dari aspek pembangunan negara dan pendapatan negara, bagaimana pula sektor-sektor lain yang tidak kurangnya turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara? Adakah kami ini tidak memberi sumbangan yang sewajarnya kepada pembangunan ekonomi negara?" soalnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
BACA: PKP: Sektor, aktiviti sukan dan rekreasi digantung sementara
BACA: PKP 3.0 bakal akibatkan lebih ramai usahawan PKS gulung tikar
Dalam pada itu jelasnya, pandemik itu bukan semata-mata menular dalam sektor perkhidmatan sahaja tetapi sektor perkilangan dan pembinaan adalah di antara penyumbang utama dalam peningkatan kes di Malaysia.
"Jika perlaksanaan PKP kali ini dilakukan seperti PKP 1.0 yang dibuat pada tahun lalu, ia akan lebih berkesan dan adil buat semua industri dan sekali gus dapat membendung penularan wabak ini dengan lebih pantas.
"Kami bukanlah tidak bersetuju dan menentang tindakan kerajaan dalam perlaksanaan PKP kali ini, cuma apa yang kami harapkan perlaksanaannya haruslah sejajar dan relevan agar ianya benar-benar berkesan dan membuahkan hasil dalam pembendungan penularan wabak.
"Pemilihan dalam keputusan penutupan sektor industri kelihatan tidak setara dengan melihat keadaan di mana sektor perkilangan, pembinaan dan beberapa sektor yang merupakan penyumbang terbesar dalam statistik kebolehjangkitan virus COVID-19 masih boleh diteruskan tanpa diberhentikan dan ditutup malahan sektor kami seperti servis ini menerima tempias dan ditutup seperti kelihatannya kami yang menangung nasib dari pembawakan kebolehjangkitan dari sektor-sektor yang dibuka," ujarnya.
Zarinah turut berharap kerajaan dapat memikirkan secara meluas dengan impak yang akan ditanggung oleh industri dan sektor yang telah diarahkan untuk ditutup.
"Industri dan sektor servis yang tidak dapat beroperasi akan berhadapan dengan pelbagai kesukaran dan kemelut untuk terus bertahan dan juga kami sebagai rakyat terlalu terjejas dengan permasalahan ini.
"Harapan kami tidaklah begitu besar dan membebankan, cuma tindakan yang lebih relevan dan setara perlulah diambil kira dan dipandang serius agar kita semua dapat menghentikan penularan wabak COVID-19 dengan lebih berkesan dan efektif," katanya.
Astro Awani
Sat May 08 2021
Zarinah turut berharap kerajaan dapat memikirkan secara meluas dengan impak yang akan ditanggung oleh industri dan sektor yang telah diarahkan untuk ditutup.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.