awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Nazrin berangkat ke majlis Pemasyhuran Presiden KBGK 2026
Arab Saudi duduki tangga kedua dunia bagi bantuan kemanusiaan 2025
Lebih 2.8 juta pelarian Afghanistan pulang ke tanah air pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: JHEAIPP tangguh permohonan kebenaran perkahwinan bermula 1 April

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
26/03/2020
16:04 MYT
PKP: JHEAIPP tangguh permohonan kebenaran perkahwinan bermula 1 April
Zulkifli berkata majlis akad nikah hendaklah dilangsungkan di premis persendirian dan dilarang sama sekali di tempat awam seperti masjid, surau atau sebagainya.
Semua urusan berkaitan permohonan kebenaran berkahwin dan majlis akad nikah di Pulau Pinang ditangguhkan bermula 1 April sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.
Bagaimanapun, bagi pengantin yang telah mendapat kebenaran untuk majlis akad nikah sehingga 31 Mac ini, mereka dibenarkan meneruskan majlis mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
Pengara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) Zulkifli Long berkata setakat ini, 152 pasangan di negeri itu telah mendapat kebenaran menjalankan majlis akad nikah bermula 18 Mac lalu hingga 31 Mac ini.
"Mereka ini telah membuat permohonan untuk berkahwin sebelum pelaksanaan PKP lagi jadi (mereka) boleh teruskan dengan tatacara yang JHEAIPP tetapkan, namun bermula 1 April ini kami tidak lagi meluluskan sebarang kebenaran untuk majlis akad nikah sehingga PKP tamat," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Beliau berkata, langkah itu adalah antara usaha pihaknya memastikan penolong pendaftar perkahwinan atau jurunikah tidak terdedah kepada penularan wabak COVID-19.
JHEAIPP sebelum ini menetapkan akad nikah boleh dijalankan tanpa kenduri untuk meraikan majlis perkahwinan sesuai dengan arahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Majlis Keselamatan Negara susulan penularan COVID-19.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata majlis akad nikah hendaklah dilangsungkan di premis persendirian dan dilarang sama sekali di tempat awam seperti masjid, surau atau sebagainya.
Akad nikah itu hanya boleh dihadiri oleh jurunikah, pengantin lelaki dan perempuan, seorang wali, dua orang saksi serta dua orang wakil bagi pihak pengantin lelaki dan perempuan.
Perjalanan majlis akad nikah haruslah tidak melebihi 20 minit termasuk khutbah nikah.
Menurutnya akad nikah juga perlu dijalankan tanpa berjabat tangan antara pengantin lelaki dengan wali atau jurunikah.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
#JHEAIPP
#koronavirus
#majlis akad nikah
#perintah kawalan pergerakan
#perkahwinan
#PKP
#Zulkifli Long
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan