PKP: Kertas siasatan libatkan Timbalan Menteri Kesihatan dijangka siap hari ini

Bernama
April 20, 2020 05:06 MYT
ABDUL HAMID: Semua kes yang tular seperti ini pasti akan disiasat dan diambil tindakan. - Gambar fail
Kertas siasatan berhubung kehadiran Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali pada majlis makan di sebuah maahad tahfiz di Perak yang dikatakan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijangka siap hari ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata kertas siasatan itu akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
“Siasatan sedang aktif dijalankan dan (kertas siasatan) dijangka siap hari ini. Semua kes yang tular seperti ini pasti akan disiasat dan diambil tindakan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Terdahulu, beberapa gambar dimuat naik Dr Noor Azmi di Facebook mengenai lawatan di maahad tahfiz itu tular di media sosial dan status berkenaan kemudian mendapati reaksi warganet yang mendakwa beliau melanggar PKP, Jumaat lepas.
BACA: Polis Perak akan ambil keterangan Exco, timbalan menteri hadir jamuan di Lenggong
Media melaporkan Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain dipetik sebagai berkata siasatan awal mendapati Dr Noor Azmi sebelum itu meninjau kesiapsiagaan kakitangan Kementerian Kesihatan di Lenggong atas kapasitinya sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.
-- BERNAMA
#Abdul Hamid Bador #jamuan #Kementerian Kesihatan #kertas siasatan #Ketua Polis Negara #langgar PKP #lawatan #Lenggong #maahad #media sosial #Noor Azmi Ghazali #pendakwa raya #Perak #perintah kawalan pergerakan #PKP #polis #Razarudin Husain #siasatan #tahfiz #Tular