NATIONAL
PKP lanjut sehingga 14 April, kata kunci Ramadan trending di media sosial

Ada juga yang memikirkan peniaga-peniaga kecil yang terpaksa berhadapan dengan situasi sebegini mungkin memberi impak negatif dalam sumber pencarian mereka.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.
Tujuan pelanjutan ini adalah untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.
Namun selepas pengumuman tersebut ada beberapa kata kunci yang trending di media sosial iaitu 14 April dan juga Ramadan.
Pengguna media sosial kebanyakan risau sekirannya akan berlaku pelanjutan selepas tarikh tersebut sekali gus tidak dapat merasai nikmat menyambut Ramadan.

.
Bukan itu sahaja, ada juga yang memikirkan peniaga-peniaga kecil yang terpaksa berhadapan dengan situasi sebegini mungkin memberi impak negatif dalam sumber pencarian mereka.
Ini antara respon pengguna media sosial.
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, marilah sama-sama kita membantu antara satu sama lain untuk memutuskan penularan COVID-19 ini.
Sama-sama kita patuh dengan perintah yang dikeluarkan agar semua rakyat Malaysia boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa.
#KekalTenang dan #DudukRumah untuk sama-sama #HapusCOVID19.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami