awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Penduduk beri alasan remeh keluar rumah

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
24/03/2020
06:31 MYT
PKP: Penduduk beri alasan remeh keluar rumah
Anggota polis melakukan sekatan jalan raya bagi menguatkuasakan PKP.
Hantar kek, beli akhbar dan tapau makanan tengah hari adalah antara alasan popular sebahagian warga Petaling Jaya yang masih berdegil keluar dari rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah itu.
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, yang kecewa dengan kadar pematuhan PKP di kawasan berkenaan, berkata segelintir masyarakat tidak memandang serius arahan kerajaan.
"Banyak alasan remeh diberikan mereka, antaranya, mahu hantar kek, hendak beli surat khabar dan tapau makanan untuk makan tengah hari.
"Ada juga yang cakap hendak beli sayur di Damansara tapi rumah di Shah Alam. Juga ada yang bagi alasan kononnya pergi ke farmasi tapi bila kita tanya mana ubat yang dibeli, mereka hanya tersengih," katanya di sini, pada Selasa.
Nik Ezanee berkata, sehingga tengah hari Selasa, pihaknya melakukan banyak operasi bagi menguatkuasakan PKP termasuk di Lapangan Terbang Subang, kawasan berhampiran Plaza Tol Damansara dan Jalan Kanagapuram.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu berkuat kuasa bermula 18 hingga 31 Mac ini.
Perintah itu dikeluarkan supaya segala bentuk aktiviti yang berpotensi menyebarkan virus COVID-19 dapat dibendung pada ketika wabak pandemik itu semakin memuncak di Malaysia.
Sebarang perlakuan yang melanggar arahan PKP boleh dikenakan tindakan mengikut Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Setakat Isnin, sebanyak 14 kematian direkodkan dengan 1,518 kes keseluruhan di Malaysia.
Lima puluh tujuh daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Topic Berkaitan
#koronavirus
#Nik Ezanee Mohd Faisal
#perintah kawalan pergerakan
#Petaling Jaya
#PKP
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan