awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Polis semak bil, sahkan alamat kediaman

Hilmi Malik
Hilmi Malik
02/04/2020
10:22 MYT
PKP: Polis semak bil, sahkan alamat kediaman
Polis berharap agar orang ramai terus patuh dengan pelaksanaan PKP. - Gambar fail
Pihak polis menggalakkan orang ramai di Selangor membawa sebarang bil beralamat kediaman jika ada keperluan untuk keluar bagi tujuan dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Langkah itu sebagai persediaan menunjukkan mereka memenuhi syarat dalam Peraturan 4, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Untuk itu, pihak polis akan mendapatkan maklumat tambahan daripada orang ramai sebagai usaha memperketat pelaksanaan PKP yang telah memasuki fasa kedua.
Menurut jurucakap khas Kontinjen Selangor, ACP Mohd Ismail Muslim, alasan ingin pulang ke rumah selain pergi membeli barang di kedai merupakan alasan yang sering kali digunakan oleh orang ramai ketika sekatan jalan raya PKP.
"Memang ramai orang bagi alasan nak pergi kedai, dari kedai nak balik rumah... Jadinya kita akan dapatkan maklumat tambahan seperti pengesahan bayaran bil elektrik, air dan sebagainya.
"Dengan adanya pengesahan tersebut, pihak polis boleh pastikan tentang pergerakan mereka," katanya ketika sidang media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Khamis.
Dalam pada itu, pihaknya turut mendedahkan Selangor telah menerima sebanyak 350 aduan kes berhubung kesalahan PKP dan telah berjaya membuat sebanyak 727 tangkapan sepanjang tempoh PKP setakat 1 April.
Polis berharap agar orang ramai terus patuh dengan pelaksanaan PKP dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 yang kini dilihat menunjukkan perkembangan positif selain kerjasama baik dalam kalangan masyarakat supaya usaha sifar wabak itu dapat dijayakan.
Topic Berkaitan
#COVID19
#kontinjen Selangor
#PDRM
#PKP
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan