Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sejak 18 Mac lepas, turut memberi impak kepada Zoo Negara apabila terpaksa menggunakan tabung kecemasannya untuk meneruskan operasi.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly Ahmat Lana berkata keadaan haiwan-haiwan di zoo itu masih dalam keadaan baik.
"Penutupan sementara sepanjang tempoh PKP adalah cabaran yang besar bagi menampung kos operasi Zoo Negara Malaysia.
"Hal ini kerana Zoo Negara memperoleh pendapatan daripada penjualan tiket masuk, sewaan tempat acara, tajaan syarikat dan sumbangan orang ramai," kata beliau.
Menurut Rosly, setakat ini tiada mana-mana badan tertentu yang datang memberikan dana kepada Zoo Negara ketika tempoh PKP ini.
"Dalam menghadapi tempoh PKP ini, pihak kami menggunakan tabung kecemasan yang sedia ada," kata Rosly lagi.
Tabung kecemasan ini adalah peruntukan yang telah diwujudkan khusus oleh pihak pengurusan Malaysian Zoological Society (MSZ) untuk keadaan seperti di luar jangka ini.
"Walaupun stok makanan untuk haiwan setakat ini mencukupi kerana penghantaran makanan haiwan oleh kontraktor yang dilantik masih berterusan dan tidak terjejas, tetapi tabung kecemasan itu hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja" katanya.
"Jika masyarakat ingin menyumbang, kami sangat mengalu-alukan sumbangan itu dengan menyertai kempen Adopt An Animal," jelas beliau lagi.
Menurut Rosly, kempen Adopt An Animal ini adalah pakej yang dilaksanakan oleh kebanyakan zoo di seluruh dunia bagi menambahkan pendapatan.
Pendapatan itu digunakan bagi belian bekalan makanan, ubat-ubatan dan kebajikan haiwan-haiwan.
Mereka yang mahu menyumbang boleh melayari https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 29 2020
Penutupan sementara sepanjang tempoh PKP adalah cabaran yang besar bagi menampung kos operasi Zoo Negara.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Lelaki dibaham harimau: Isteri dengar bunyi teriakan dan seretan ke arah hutan
Anak mangsa turut meminta orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan tidak sahih dan tidak benar berkaitan kejadian yang menimpa ayahnya.
Penanaman semula pokok di Gunung Brinchang kembalikan haiwan ke habitat
Beberapa spesies haiwan yang jarang ditemukan seperti Asian Golden Cat, Yellow-Throated Marten dan Leopard Cat muncul di habitat berkenaan.
Lagi harimau kumbang masuk perangkap Perhilitan
Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, harimau jantan berusia empat tahun itu dianggarkan seberat 45 kilogram.
Kehadiran haiwan liar ancam penduduk
Sebahagian penduduk terpaksa mengambil langkah sendiri dengan memasang perangkap seperti racun.
Harimau belang 'Yob Kuang' masuk perangkap
Kebimbangan penduduk susulan kemunculan seekor harimau belang jantan di Kampung Ulu Kuang, Chemor di sini, berakhir apabila haiwan itu memasuki perangkap yang dipasang Perhilitan Perak.
Semua kes gigitan anjing di Sarawak stabil, disuntik vaksin dan dirawat
Semua kes gigitan anjing di Sarawak dilaporkan stabil dan telah diberikan suntikan vaksin rabies serta rawatan Immunoglobulin Rabies (RIG), demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Anggota polis maut ketika bertugas, motosikal terbabas elak haiwan liar
Mangsa lelaki yang menaiki motosikal jenis Honda RS itu terbabit dalam kemalangan ketika sedang menjalankan tugas.
Seekor singa berkeliaran di bandar Karachi cetuskan panik
Singa berkenaan diserahkan kepada zoo di bandar raya itu dan pertuduhan jenayah sedang difailkan terhadap pemiliknya.
Penternak syak lembu dibaham harimau
"Terdapat kesan lembu itu diseret masuk ke dalam semak dari kawasan lapang di kebun sawit tempat lembu ternakan saya meragut dan makan."
'Wolverine' dikesan di California, kedua disahkan dalam tempoh 100 tahun
Seekor wolverine liar dikesan beberapa kali di California bulan lepas, menurut Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California.