Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan menyaksikan ramai individu yang tidak dapat bekerja, sekali gus terputus punca pencarian.
Bagaimanapun, itu bukan alasan yang membolehkan mereka mengambil jalan singkat dengan meminjam wang daripada lintah darat atau along.
Justeru, polis Terengganu mengingatkan masyarakat di negeri ini supaya tidak terpengaruh atau terpedaya dengan tawaran-tawaran yang dilakukan ceti haram seperti itu.
Ketua Polis Negeri Datuk Roslee Chik berkata, orang ramai perlu berfikir panjang sebelum terjebak dengan pinjaman yang ditawarkan along.
"Kemungkinan akan berlaku, tetapi saya hendak menasihati mereka yang terdesak ini, kalau boleh jangan pinjam dengan along, jangan terjebak dengan along.
"Apabila kita terlekat dengan along ini, akan mengambil masa yang panjang untuk kita selesaikan masalah.
"Along ini banyak jenis. Ada yang minta bayaran hari-hari. Kalau kita gagal bayar, faedahnya akan meningkat," katanya.
Roslee berkata, sepanjang PKP dikuatkuasakan, kadar kes jenayah di Terengganu turut merekodkan penurunan.
Bagaimanapun, kes jenayah komersial terutama yang melibatkan e-belian atau pembelian dalam talian, serta kes Macau Scam menunjukkan peningkatan lebih 30 peratus.
Roslee turut mengingatkan orang ramai termasuk golongan profesional agar berhati-hati ketika membuat pembelian secara dalam talian.
Astro Awani
Tue May 05 2020

ROSLEE: Apabila kita terlekat dengan along, akan mengambil masa yang panjang untuk kita selesaikan masalah. - Astro AWANI

Guna hasil samun beli aksesori motosikal
Siasatan mendapati suspek telah menjual barang emas di kedai pajak sebelum membeli aksesori untuk dipasang pada motosikalnya.

PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok
PDRM menafikan sebuah akaun dalam aplikasi TikTok dengan nama @datukayub8 merupakan milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchy.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed dilantik Putera Mahkota Abu Dhabi
Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan turut umum pelantikan adiknya, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan sebagai Naib Presiden UAE.

Halang MB Kedah: 'Saya akan dapatkan situasi sebenar' - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu menyifatkan perkara sedemikian tidak wajar berlaku sekiranya betul.

FIFA gugurkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun
Pengumuman tuan rumah baharu akan dibuat tidak lama lagi dan hukuman buat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia juga akan ditentukan.

Pope Francis dikejar ke hospital akibat jangkitan paru-paru
Beliau mengalami sesak nafas sejak kebelakangan ini namun disahkan negatif COVID-19.

Sultan Nazrin berkenan rasmi, berbuka puasa di Masjid Al-Ikhwan
Baginda kemudiannya berkenan menanam pokok di perkarangan bangunan sebelum merasmikan masjid itu.

Sabah tidak iktiraf tuntutan pihak mengaku waris kumpulan Sulu - Hajiji
Kerajaan negeri dan seluruh rakyat sama sekali tidak mengiktiraf sebarang tuntutan oleh pihak yang mengaku waris kumpulan Sulu ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

BNM teliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk kestabilan harga
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk mempertimbangkan tahap kestabilan harga yang sesuai yang akan terus menyokong pertumbuhan mampan pada masa hadapan.

9 ditahan ambil upah lakukan khianat, ugutan kepada peminjam along
Sembilan termasuk suami isteri ditahan polis kerana terlibat dengan sindiket mengambil upah melakukan jenayah khianat dan mengugut peminjam yang gagal membuat bayaran kepada along.

Imun pandemik, ceti haram makin berleluasa
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menerima kira-kira 25 kes mangsa ceti haram yang meminta pertolongan saban hari sepanjang 2021.

Jadi mangsa along gara-gara penghuni lama
Samuel mendakwa, pemilik lama rumahnya menggunakan alamat rumah tersebut ketika berurusan dengan along.

Peristiwa hilang 47 hari masih segar dalam ingatan Mirsudiar
Peristiwa tersesat selama 47 hari di dalam hutan sehingga mengorbankan lima kanak-kanak Orang Asli tujuh tahun lepas, masih segar dalam ingatan Mirsudiar Aluj.

Bantu along, pekerja restoran dihukum penjara 3 tahun, denda RM20,000
Seorang pekerja restoran dipenjara tiga tahun dan didenda RM20,000 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah melakukan khianat bagi membantu kegiatan along.

Polis tumpas geng along, tahan 8 lelaki tawar pinjaman wang tanpa lesen
Polis menumpaskan geng along selepas menahan lapan lelaki kerana menawarkan pinjaman wang tanpa lesen, dalam serbuan di sebuah premis di Bayan Lepas di sini, Jumaat lepas.

Polis tahan 10 individu disyaki terlibat kegiatan along dalam talian
Polis Seberang Perai Selatan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Petaling Jaya menyerbu premis itu pada jam 4.30 petang.

Identiti harimau mati ditembak selepas baham Orang Asli belum dikenal pasti - Perhilitan
Perhilitan telah memasang tiga perangkap harimau belang (Perangkap Wahab) di Pos Bihai iaitu dua di Kampung Tendrik dan di Kampung Hak.

Lelaki maut dibaham harimau di Gua Musang
Seorang lelaki Orang Asli maut dibaham harimau dalam kejadian di Kampung Sau dekat Pos Bihai, di sini, jam 9 pagi tadi.

Polis tahan lelaki untuk bantu siasatan kes along mati ditetak
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata lelaki berumur 33 tahun itu ditahan pada pukul 6.30 petang.