KUANTAN:Individu bukan warganegara Malaysia dan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenar menunaikan solat Jumaat dan solat fardu di masjid atau surau sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Pahang.
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menerusi kenyataan media di sini hari ini, bagaimanapun memaklumkan mereka yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat di masjid atau surau yang diberi kebenaran melaksanakan solat itu, wajib menggantikannya dengan solat Zuhur.
"Pelaksanaan solat Jumaat ialah dengan bilangan wajib seramai 40 orang atau lebih berdasarkan kepada kapasiti ruang solat dengan penentuan jemaah secara 'walk in'. Mereka wajib mengimbas suhu badan serta merekodkan kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera atau PahangGo.
"Jemaah wajib membawa sejadah sendiri, mematuhi penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka termasuk semasa mendirikan solat manakala imam hendaklah membaca surah yang ringkas serta memendekkan bacaan wirid dan doa selepas solat," menurut kenyataan itu.
Jemaah juga dilarang mengubah tempat duduk semasa melakukan amalan sunat selepas waktu solat maghrib sehingga isyak atau semasa mengikuti kuliah pengajian ilmu.
Aktiviti pengajian ilmu itu juga hanya dibenarkan selepas solat subuh dan antara maghrib dan isyak dengan penceramah yang dibolehkan ialah mereka dari dalam negeri sahaja.
"Jamuan selepas aktiviti pengajian ilmu adalah tidak dibenarkan. Pihak pengurusan masjid atau surau hendaklah tegas dalam melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) ini serta melakukan proses sanitasi di ruangan solat, tempat wuduk serta tandas sekerap yang boleh," menurut kenyataan itu.
JAIP juga melarang majlis akad nikah dilakukan di masjid dan surau sepanjang PKPB, yang berkuat kuasa mulai Rabu lalu (13 Jan) hingga 26 Jan ini bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
Bagi pengurusan jenazah, JAIP memaklumkan ia boleh dilakukan di bilik atau ruangan khas dengan bilangan pengendali berdasarkan keluasan ruang serta mengambil kira penjarakan fizikal dalam satu-satu masa serta memakai pelitup muka.
"Solat jenazah boleh dilakukan di ruang solat dan hanya bacaan talkin serta tahlil ringkas sahaja dibenarkan selepas pengebumian," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 16 2021

Jemaah juga dilarang mengubah tempat duduk semasa melakukan amalan sunat selepas waktu solat maghrib sehingga isyak atau semasa mengikuti kuliah pengajian ilmu. - Gambar hiasan

AWANI Ringkas: Tiada hukuman jika enggan disuntik vaksin

8 kesalahan ketika menggunakan 'air fryer' yang ramai tak tahu
Sama seperti perkakasan dapur yang lain, penggunaan yang betul boleh memanjangkan hayat fungsinya dan memberi hasil masakan yang terbaik.

Kesalingbergantungan antara politik dan ekonomi
Situasi ini cukup memperlihatkan bahawa majoriti dua pertiga amat perlu bagi menjamin kestabilan politik negara

Pas tangguh muktamar selepas PRU15
Penangguhan muktamar termasuk pemilihan diputuskan dalam mesyuarat pimpinan Pas bagi menumpukan soal pilihan raya.

CPR rawatan yang perlu bagi mangsa lemas, pesakit yang tidak bernafas
Laporan sedemikian boleh disalah tafsir dan menyebabkan masyarakat memberi persepsi negatif terhadap respons CPR.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [7 Mac 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [7 Mac 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894070/8343692241615077674561_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [7 Mac 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan juga Hafizi Rosli dalam #AWANIpagi 7 Mac 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi: 1. Perkembangan lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi 2. Perkembangan Program Vaksinasi COVID-19 #AWANIpagi #AWANInews #HapusCOVID19

Gubal akta anti lompat parti perlu sokongan dua pertiga - Takiyuddin
Takiyuddin menjelaskan, sekiranya perkara berkenaan tidak dipinda, ia boleh dicabar oleh mana mana pihak di mahkamah.

AWANI Ringkas: Senat lulus pakej bantuan AS$1.9 trilion

COVID-19 | Kes positif seluruh dunia lebih 116.36 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 116.36 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Politik | Pemuda MCA lulus lapan resolusi pada AGM ke-56
Sebanyak lapan resolusi yang dikemukakan pada Perhimpunan Agung Pemuda MCA ke-56 hari ini diluluskan sebulat suara.

Aktiviti pengajian agama, majlis akad nikah di masjid, surau dibenarkan di Terengganu
Semua aktiviti pengajian dan kelas agama di masjid dan surau seluruh Terengganu adalah dibenarkan.

Muhyiddin sertai solat hajat sempena setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyertai solat hajat sempena setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional di Masjid Putra di sini.

Aktiviti keagamaan di masjid, surau di Sabah dibenarkan mulai hari ini
Semua masjid dan surau di Sabah dibuka untuk solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat bermula hari ini.

Solat Jumaat di semua surau di Perak, beri peluang lebih ramai jemaah
Baginda turut berkenan bilangan jemaah di semua masjid dan surau di negeri ini mengikut keluasan dewan solat utama, berkuat kuasa selepas Maghrib Khamis ini.

SOP solat berjemaah ambil kira pandangan semua pihak
Pelaksanaan SOP berhubung penjarakan fizikal satu meter dalam solat berjemaah di masjid, bukan sahaja ditetapkan selepas mengambil kira pandangan semua pihak, malah ia juga diamalkan di seluruh dunia.

COVID-19: Arab Saudi tutup lapan lagi masjid
Arab Saudi menutup sementara lapan lagi masjid di seluruh negara itu pada Jumaat susulan kes koronavirus yang terus meningkat.

PKP: Sabah benar solat fardu berjemaah, solat Jumaat mulai 12 Feb ini - Masidi
Solat fardu berjemaah, solat Jumaat serta aktiviti keagamaan di semua masjid dan surau di Sabah dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Jumaat ini (12 Feb).

Had maksimum solat berjemaah di Perak ditambah mulai esok
Sultan Nazrin memberi perkenan itu setelah dipersembahkan perkembangan sejak dua sesi solat Jumaat lalu.

PKP: Terengganu benar solat jemaah ikut kapasiti masjid dan surau
Kebenaran itu diberikan setelah diperkenankan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan mendapat pandangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

Johor benar 40 jemaah tunai solat Jumaat, fardu mulai esok
Jumlah itu tidak termasuk pegawai, ahli jawatankuasa dan pengurusan kariah masjid dan surau.