awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB di Sarawak dilanjutkan dari 30 Mac hingga 12 April

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2021
10:36 MYT
PKPB di Sarawak dilanjutkan dari 30 Mac hingga 12 April
Sarawak melaporkan 213 kes baharu pada Jumaat dan jumlah keseluruhan kes sehingga hari ini dicatatkan pada 15,176. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak dilanjutkan dua minggu lagi dari 30 Mac hingga 12 April.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN), keputusan itu dibuat selepas meneliti situasi penularan pandemik COVID-19 di negeri berkenaan.
Sarawak melaporkan 213 kes baharu pada Jumaat dan jumlah keseluruhan kes sehingga hari ini dicatatkan pada 15,176.
Daerah-daerah yang mencatatkan kes termasuk Bintulu (46), Sibu (35), Kuching (23), Serian (23), Kapit (14), Samarahan (11), Julau (lapan), Sarikei dan Sri Aman (enam), serta Limbang dan Tebedu (satu).
Jawatankuasa itu juga dalam satu kenyataan hari ini berkata, dua kampung di daerah Serian turut diletakkan di bawah PKPB kerana kluster COVID-19 di kawasan berkenaan.
PKPB di kawasan Kampung Chupak dari 25 Mac sehingga 7 April dan Kampung Batu Gong dari 26 Mac sehingga 8 April.
Jawatankuasa itu turut berkata, satu kluster baharu dikesan di Kampung Batu Gong pada Jumaat dengan 50 kes positif sehingga saat ini.
"Kes melibatkan seorang wanita berusia 46 tahun yang disahkan positif pada 19 Mac, jangkitan mula merebak pada individu lain di kampung berkenaan melalui interaksi dan kontak rapat," kata JBPM dalam kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PKPB
#Kuching
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
#JBPN
#Bintulu
#Sibu
#Serian
#Kapit
#Samarahan
#Julau
#Sarikei
#Sri Aman
#Limbang
#Tebedu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan