Harga perkhidmatan gunting rambut di seluruh negara dijangka meningkat antara RM3 hingga RM10 susulan pengusaha kedai gunting dan dandan rambut terpaksa menampung kos operasi sebaik sahaja ia mula beroperasi pada 10 Jun ini.
Presiden Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera Malaysia (MBBA), T.N Winda Mohd Tahir berkata, ia berikutan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang diumum oleh kerajaan, hari ini.
Jelas beliau, peningkatan kos tersebut perlu bagi keselamatan pelanggan, selain memastikan kelangsungan industri tersebut yang sudah dilarang beroperasi hampir tiga bulan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu.
Harga baharu itu dijangka diumumkan dalam tempoh terdekat oleh persatuan dan pengusaha kedai gunting rambut di seluruh negara.
"Jadi secara am saya respon begini, kami di peringkat persatuan gunting rambut dan salon sudah ada berbincang (kenaikan harga) dalam kalangan pengusaha-pengusaha kedai mengambil kira SOP.
"Saya bagi contoh, kalau ada kedai di dalam mall yang kedainya besar juga perlu mengikut SOP sama, begitu juga kedai-kedai di pelusuk kampung.
"Jadi, saya menjangkakan kami terpaksa menaikkan sedikit harga gunting rambut mengambil kira kos yang terpaksa kami tanggung, dengan anggaran kenaikan kos antara RM3 hingga RM10," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, beliau berkata ketika ini dianggarkan harga perkhidmatan gunting rambut adalah sekitar RM10 hingga RM15 bagi kedai-kedai di luar bandar, sementara RM20 hingga RM25 bagi kedai di bandar.
"Jadi, apabila SOP dan juga syarat ketat yang kerajaan umum tadi, dia melibatkan kedai di kampung dan premis di bandar.
"Jadi, saya mengandaikan kenaikan itu antara RM3 hingga RM10 dalam keadaan kami terpaksa, yang paling penting adalah untuk SOP itu untuk keselamatan pelanggan dan juga semua pihak.
"Jadi, industri dapat beroperasi dengan baik dan masyarakat dapat khidmat keperluan untuk menggunting rambut," katanya.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan perkhidmatan gunting, dandan rambut serta salun kecantikan dibenarkan beroperasi semula bermula 10 Jun ini dengan SOP yang ketat.
BACA: PKPB: Operasi kedai gunting, dandan rambut, salun kecantikan dibenarkan bermula 10 Jun
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata antara SOP tersebut adalah pengusaha perlu menyediakan apron pakai buang yang berbeza untuk setiap pelanggan dan tidak boleh menggunakan tuala yang dikongsi.
SOP itu turut menetapkan agar pekerja memakai pelindung muka, apron pakai buang selain sarung tangan yang berbeza bagi setiap pelanggan.
Ismail Sabri menambah pengusaha juga perlu memastikan jarak antara setiap kerusi sejauh sekurang-kurangnya dua meter bagi setiap pelanggan.
Hasimi Muhamad
Sat Jun 06 2020
Harga baharu itu dijangka diumumkan dalam tempoh terdekat oleh persatuan dan pengusaha kedai gunting rambut di seluruh negara. - Gambar fail
Presiden Laos terima anugerah kepimpinan ASEAN daripada KSI
Majlis penyampaian anugerah itu berlangsung di Vientiane di mana delegasi tertinggi KSI mengadakan kunjungan hormat ke atas Thongloun di Dewan Negara Laos.
Kerajaan tekad martabatkan semua negeri, bina Malaysia bersama - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan tekad untuk memartabatkan semua negeri termasuk wilayah Sabah dan Sarawak, selain berharap hasrat itu dilakukan secara bersama.
Gempa bumi kuat landa rantau Kepulauan Mariana
Pusat gempa bumi itu dikesan di 17.1 darjah utara dan 147.2 darjah timur dengan kedalaman 112km iaitu 2,156km tenggara dari Yokosuka, Jepun.
Biar jauh beribu batu, rakyat Malaysia di Paris sambut Hari Malaysia
Biarpun jauh beribu batu dari dari tanah air tercinta, rakyat Malaysia di Paris membawa cita rasa Malaysia ke Kota Cahaya dengan sambutan meriah Hari Malaysia.
AWANI Ringkas: Pereka dalaman dibunuh kejam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Al-Sultan Abdullah tidak mahu ajaran sesat bertapak di Pahang
Al-Sultan Abdullah hari ini bertitah bahawa baginda tidak mahu sebarang ajaran sesat dan menyeleweng daripada agama Islam yang sebenar serta tidak mengikuti landasan ASWJ bertapak di negeri itu.
AWANI 7:45 [16/09/2024] - Siasatan gisb | Deraf cadangan sijil halal | MoU peruntukan pembangkang | Sambutan Hari Malaysia
#AWANI745 malam ini bersama Syaff Shukri;
- Polis percaya banyak lagi kes dera terkait GISBH.. Sidang media Ketua Polis Negara esok
- Kajian wajibkan sijil halal dibentang ke jemaah menteri Rabu ini
- Tolak perpecahan, julang kebersamaan, PM sampaikan amanat Hari Malaysia malam ini
- Donald Trump terselamat cubaan bunuh kali kedua, kejadian waktu main golf
- Polis percaya banyak lagi kes dera terkait GISBH.. Sidang media Ketua Polis Negara esok
- Kajian wajibkan sijil halal dibentang ke jemaah menteri Rabu ini
- Tolak perpecahan, julang kebersamaan, PM sampaikan amanat Hari Malaysia malam ini
- Donald Trump terselamat cubaan bunuh kali kedua, kejadian waktu main golf
Tindakan tolak MoU Peruntukan pembangkang tidak bererti rundingan tamat - Fahmi
Tindakan pihak pembangkang menolak memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan kepada mereka tidak bererti rundingan berhubung perkara itu telah tamat, kata jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.
Rai wira di sekeliling kita bersama Astro di Hari Malaysia
Sempena Hari Malaysia, Astro Wonda Ria meraikan Wira Wonda Kita! - khas untuk wira-wira di sekeliling yang sedia membantu, tanpa memikirkan diri sendiri, ketika waktu memerlukan.
Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu
Nickyson Nyambar bawakan perkembangan semasa sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.
Astro kolaborasi bersama MAB, komited cipta kandungan lebih inklusif
Datuk George Thomas berkata, inisiatif ini untuk mencipta lebih kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia agar lebih prihatin.
Akibat penyiaran haram, syarikat rangkaian restoran nasi kandar bayar pampasan RM221,000 kepada Astro
Thaqwa telah menyiarkan siaran Astro di lapan lagi restoran miliknya tanpa kebenaran dengan menggunakan peranti-peranti seperti kad pintar dan dekoder Astro bagi tujuan tersebut.
EPL: Lee Sharpe bersama Astro meriahkan musim EPL 2024/25
Rasai keterujaan setiap perlawanan di Astro, sooka dan NJOI, bersama juara tiga kali EPL, Lee Sharpe, sebagai pakar pengulas di Astro.
UNGCMYB, Astro lancar Program ‘Forward Faster Louder’
Aspek utama kerjasama itu adalah berkisarkan kepada memperkasakan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di Malaysia.
Angah terpaksa undur diri daripada Sinar FM atas faktor kesihatan
Pengurus Jenama Sinar, Raja Nadia Salwana Raja Hisham berkata, keputusan itu terpaksa diambil atas faktor kesihatan yang disahkan oleh doktor, selepas menjalani beberapa sesi rawatan.
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
Astro raih gelaran Allianz Media Badminton 2024 kali kedua
Astro memenangi kejohanan Allianz Media Badminton mereka yang kedua dengan menewaskan juara bertahan dan pemenang dua kali New Straits Times Press (NSTP) 2-1.
Musim bola, layan ‘ori’, baru puas hati!
Astro BizOne Watch Party diteruskan, meraikan premis makan minum yang menggunakan perkhidmatan Astro untuk menyiarkan kandungan secara sah, dalam usaha menyebarkan mesej Layan Ori, Jangan Curi!
Artis, pendakwah bersatu tunjuk sokongan melalui Malaysia4Palestine
Nabil Ahmad mengharapkan agar berlaku gencatan senjata di Palestin kerana tidak mampu melihat kesengsaraan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat-rakyat di negara itu.