awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suami isteri warga emas didakwa miliki senjata api, peluru, dadah
Benzema 'mogok', berang ditawar kontrak pelik
Bidaan siri nombor plat "FH" dibuka Ahad ini - JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: Kenderaan diperiksa turun kepada 194,450 - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
08/06/2020
05:52 MYT
PKPB: Kenderaan diperiksa turun kepada 194,450 - Ismail Sabri
Ismail Sabri Yaakob berkata, PDRM turut menahan 60 individu atas kesalahan ingkar PKPB termasuk 53 direman sementara tujuh lagi diberi jamin polis.
Menjelang satu lagi hari lagi sebelum berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), jumlah kenderaan yang diperiksa oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan penurunan kepada 194,450 kenderaan pada Ahad, berbanding 225,345 pada hari sebelumnya.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PDRM turut menahan 60 individu atas kesalahan ingkar PKPB termasuk 53 direman sementara tujuh lagi diberi jamin polis.
"PDRM turut mengeluarkan kompaun kepada 277 individu termasuk 30 daripada kompaun itu dikeluarkan di sekatan jalan raya," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya di sini, pada Isnin.
"Pemeriksaan tersebut dibuat dalam 133 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri di seluruh negara," katanya lagi.
Dalam perkembangan yang sama, Ismail berkata Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 75,182 pemeriksaan pada Ahad bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPB.
Sementara itu, beliau berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melakukan 7,780 operasi sanitasi merangkumi 132 zon setakat Ahad.
“Semalam (Ahad) sebanyak 40 operasi sanitasi dilakukan di 30 zon membabitkan 10 negeri antaranya Sabah, 10 operasi, Johor (tujuh operasi) sementara Sarawak (enam operasi)," katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#KPKT
#PDRM
#PKPB
#PKPP
#sanitasi
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan