KOTA KINABALU:Kerajaan Negeri Sabah telah mengagihkan bantuan 5,134 bakul makanan kepada penduduk terkesan di empat daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak Jumaat lepas.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata daripada jumlah itu, 2,431 bakul makanan diagihkan kepada penduduk terjejas di Semporna, Lahad Datu (1,150), Tawau (1,000) dan Kunak (553).
"Manakala bagi Daerah Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Sandakan, Tuaran dan Papar, peruntukan telah disalurkan semalam. Pengagihan bakul makanan dijangka dimulakan hari ini (12 Okt).
"Kerajaan negeri juga menerima bantuan bakul makanan pada 10 Okt daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah 6,300 untuk Daerah Kunak (1,000), Semporna (1,000), Lahad Datu (1,500), Sandakan (1,500), Tawau (1,000) dan Kota Kinabalu (300)," katanya menerusi satu kenyataan di sini, pada Ahad.
Masidi, yang juga Menteri Kewangan II Sabah berkata keutamaan agihan bantuan itu adalah untuk dua kategori iaitu penduduk terjejas di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diperketatkan (PKPBD) dan keluarga yang tidak boleh keluar rumah atas arahan perintah kuarantin rumah.
Beliau berkata bagi memastikan kelancaran perkhidmatan perlu di daerah dikenakan PKPB kerajaan negeri memberi kebenaran beroperasi kepada 21 bengkel kenderaan, 17 bengkel motosikal, 25 kedai perkakasan logam dan 23 kedai peralatan elektrik.
Katanya kerajaan negeri juga telah memberi kelulusan kepada 22 firma guaman beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang dengan kapasiti 50 peratus tenaga kerja bagi membantu kelancaran perkhidmatan perlu bidang perbankan dan kewangan.
"Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19) bersetuju membenarkan firma guaman yang mempunyai kakitangan 10 orang ke atas beroperasi bermula 8 pagi hingga 5 petang dengan kapasiti 50 peratus tanpa perlu mengemukakan permohonan kepada kerajaan negeri.
"Manakala bagi firma guaman yang mempunyai kakitangan tidak melebihi lima orang, dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100 peratus," katanya.
Masidi turut mengingatkan semua penduduk negeri itu sentiasa mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan memainkan peranan masing-masing dalam memerangi pandemik COVID-19.
Dalam pada itu, Masidi ketika dihubungi Bernama berkata beliau dilantik sebagai jurucakap sementara kerajaan negeri untuk COVID-19 oleh Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.
Beliau akan menjalankan tugas itu sehingga Hajiji yang kini mendapat rawatan bagi COVID-19 di Hospital Queen Elizabeth kembali sihat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 11 2020
Keutamaan agihan bantuan adalah untuk dua kategori iaitu penduduk terjejas di kawasan PKPBD dan keluarga yang tidak boleh keluar rumah atas arahan perintah kuarantin rumah. - Gambar hiasan
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bakul makanan: Serampang dua mata tangani keganasan domestik - Rina Harun
Hasil daripada pemberian bakul makanan menemukan pelbagai isu yang perlukan pemerhatian dan intervensi KPWKM.