awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan Agung UMNO: Tiada usul keluar Kerajaan Perpaduan diterima - Asyraf Wajdi
Tiada surat peletakan jawatan Akmal Saleh diterima - Asyraf Wajdi
Bruno Mars umum album solo baharu ‘The Romantic’, jelajah dunia bermula April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB, PKPP: MOTAC keluar senarai premis pelancongan dibenar beroperasi

Bernama
Bernama
07/03/2021
20:37 MYT
PKPB, PKPP: MOTAC keluar senarai premis pelancongan dibenar beroperasi
Muzium Negara merupakan salah satu antara premis seni, budaya dan warisan yang akan dibenar beroperasi mengikut SOP ditetapkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada Ahad menyenaraikan premis seni, budaya dan warisan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) yang dibenarkan beroperasi.
MOTAC menerusi kenyataan memaklumkan premis terlibat termasuk muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya serta persembahan budaya dan lain-lain akan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
MKN sebelum ini menetapkan aktiviti dan premis pelancongan di kawasan PKPB dibenarkan beroperasi dengan 50 peratus kapasiti premis dan mematuhi penjarakan fizikal, serta mewajibkan pemakaian pelitup muka manakala di kawasan PKPP sekurang-kurangnya mematuhi penjarakan fizikal.
Berikut adalah senarai premis seni, budaya dan warisan yang akan beroperasi mengikut agensi:
1. Jabatan Muzium Malaysia - Muzium Negara, Kuala Lumpur - Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur - Muzium Etnologi Dunia Melayu, Kuala Lumpur - Muzium Seni Kraf Orang Asli, Kuala Lumpur - Muzium Automobil Nasional, Selangor - Muzium Perak, Perak - Muzium Matang, Perak - Muzium Adat, Negeri Sembilan - Muzium Lukut, Negeri Sembilan - Muzium Seni Bina Malaysia, Melaka - Muzium Kota Johor Lama, Johor - Muzium Sungai Lembing, Pahang - Muzium Kota Kayang, Perlis - Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah - Muzium Kota Kuala Kedah, Kedah - Muzium Chimney, Labuan - Muzium Labuan, Labuan - Muzium Marin, Labuan
2. Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Komuniti dan Perpustakaan Kanak-Kanak
3. Jabatan Warisan Negara - Galeri Melayu Pulau Pinang, Pulau Pinang - Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, Perak
4. Arkib Negara Malaysia - Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan, Melaka - Memorial Tun Ghafar Baba, Melaka
5. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia - Kompleks Kraf Kuala Lumpur - Kompleks Kraf Johor - Kompleks Kraf Langkawi - Kompleks Kraf Melaka
Maklumat lanjut tarikh dan waktu operasi serta SOP terperinci ke premis yang berkaitan, boleh melayari laman sesawang serta media sosial MOTAC serta jabatan dan agensi terlibat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Muzium Malaysia
#Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya
#premis seni
#premis seni budaya dibuka
#MOTAC
#Perpustakaan Negara
#Jabatan Warisan Negara
#kompleks kraf
#Arkib Negara
#PKPP
#pelitup muka
#PKPB
#PKP
#operasi
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan