awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kartel penetapan harga: 31 perusahaan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti - MyCC
Yaman ancam serang keberadaan Israel di Somaliland, dakwa langgar kedaulatan serantau
Putin larang keputusan mahkamah asing, luaskan bidang kuasa mahkamah tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: Selangor negeri tertinggi kes cuba rentas negeri, 1,158 lagi kenderaan diarah berpatah balik

Astro Awani
Astro Awani
24/05/2020
08:03 MYT
PKPB: Selangor negeri tertinggi kes cuba rentas negeri, 1,158  lagi kenderaan diarah berpatah balik
Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengarahkan sebanyak 1,158 kenderaan yang cuba rentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung untuk berpatah balik. - Gambar fail
Selangor menjadi negeri tertinggi yang merekodkan kes cubaan merentas negeri untuk pulang ke kampung, sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, negeri itu mencatatkan 460 cubaan rentas negeri setakat Sabtu, diikuti dengan Melaka 121 kes serta Negeri Sembilan sebanyak 95 kes.
Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengarahkan sebanyak 1,158 kenderaan yang cuba rentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung untuk berpatah balik.
Bagaimanapun, jumlah tersebut menunjukkan penurunan berbanding Jumaat iaitu 1,613 kenderaan.
Sebanyak 162 sekatan jalan raya juga dilaksanakan di seluruh negara, dengan sebanyak 157,364 kenderaan telah diperiksa oleh PDRM.
Beliau menambah setakat semalam, PDRM menahan 156 individu dan mereman 50 individu kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Sementara, 106 individu lagi dikenakan kompaun atas kesalah sama.
"Justeru, semua pihak diingatkan supaya mematuhi SOP dan peraturan yang telah ditetapkan.
"Kerjasama dan kawalan kendiri daripada anda semua amat penting dalam memerangi pandemik COVID-19 ini," katanya dalam kenyataan tersebut.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#keselamatan
#koronavirus
#Negeri Sembilan
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan